Blog EntrySiput Dan RumahnyaJan 10, '08 9:33 AM
for everyone

seperti seorang badwi
merentas gurun sahara
seekor siput biasa
juga menjelajah dunia
membawa rumahnya bersama

tanpa rumahnya
siapalah ia
hilang kekuatannya
terdedah ia pada bahaya
dari makhluk-makhluk pemangsa

kita juga
boleh jadi sepertinya
ke mana saja
bawa 'rumah' bersama
membawa identiti
memikul jatidiri
buat perisai diri

tanpanya
kita ibarat lelayang
putus talinya
hilang pegangan
hanyut diusung arus tanpa haluan
mudah menjadi sasaran
jutaan makhluk-makhluk pemangsa


herman.mutiara
(10 januari 2008, dikemaskini 5 februari 2008)


mutiara75 wrote on Jan 10
komentar dari Johar Buang di forum isakamari.com:

Saya suka puisi ini. Sebuah puisi yang sederhana tetapi memikat. Cara pengarang menyampaikan mesej puisi ini tanpa perlu mengkhutbahkan prinsipnya, sebaliknya memberikan pengalaman melalui personifikasi 'siput'. Dengan ertikata lain, puisi ini bebas daripada unsur-unsur didaktik. Dengan penampilan diksi yang sedikit, tetapi upaya memberikan lembah makna yang banyak. Pelajaran yang dapat saya ambil daripada puisi ini, bahwa untuk menjadi seorang yang menjagati dunia melalui apa bidang pun, kita tak perlu meniru atau menjadi imej orang lain. Kita harus menjadi diri kita sendiri walaupun peranan kita sekecil siput, tetapi bakat kita harus membesar. Kesegaran idea terpancar melalui ungkapan-ungkapannya seperti berikut;

ialah seekor siput biasa
yang menjelajah serata dunia
membawa rumahnya bersama

tanpa rumahnya
siapalah dia
hilang kekuatannya
terdedah ia pada bahaya
dari makhluk-makhluk pemangsa

kita juga
boleh jadi sepertinya
ke mana saja
bawa 'rumah' bersama
membawa identiti
memikul jatidiri
buat perisai diri

Kesimpulannya, melalui puisi ini terserlah bakat besar pengarangnya, tetapi perlu digilap berterus-terusan.
mutiara75 wrote on Jan 10
komentar dari CG Karmin di forum isakamari.com:

Mutiara,

saya setuju dengan pendapat hbJohar. jaringan gol anda cantik. tak perlu rembat sekuat hati. apabila penjaga gol salah posisi, anda 'chip' bola itu. lantunan yang tinggi (dalam kelajuan gerak perlahan) mengkagumkan para penonton. bola mula menjunan dalam satu laluan separuh bulatan. Belum pun bola itu mencecah rumputan, para penonton sudah sebulat suara; GOL tercantik!



dpir wrote on Jan 10
Mutiara
Tahniah :)
mutiara75 wrote on Jan 24
Saya rasa puisi ini masih boleh diperbaiki lagi, kerana rasanya ia tidak boleh berdiri sendiri (standalone) jika rujukan kepada Rembat Puisi ditiadakan. Insya-Allah, puisi ini akan dikemaskini. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
mutiara75 wrote on Jan 24
Jangan lupa untuk turun padang esok. Rembat Puisi II bermula 8 malam, di Arts House (former Parliament House), Earshot Cafe.
mutiara75 wrote on Feb 5
Saya sudah pun mengemaskinikan puisi ini. More room for improvement still.
kbakti wrote on Jul 13, edited on Jul 13
Saya sudah pun mengemaskinikan puisi ini. More room for improvement still.
syabas.. sebuah puisi "objek" yg baik.. (puisi "objek" mengambil sesuatu objek utk dititipkan mesej penyair.. lihat puisi2 T. Alias Taib (msia).. Asmin (spura).. sbg contoh)

rasanya ada room for improvement.. kekuatan puisi ini jelas pada 3 stanza pertama.. dgn personifikasi objek "siput"..

kesan estetika ini mula pudar sedikit pada stanza 4.. apabila imej lelayang diutarakan.. (di sini pada pendapat saya timbul isu "imejan bercampur" secara tak disedari.. rujuk buku2 rahman shaari yg banyak mengupas isu ini)

bagaimanapun.. bakat anda menyerlah dlm puisi ini.. terus menulis..
mutiara75 wrote on Jul 14
Terima kasih kerana sudi memberi saya sedikit tunjuk ajar. Alhamdulillah, bertambah ilmu saya hari ini.
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help