Blog EntryDudukku Di Lereng Kawah Gunung BerapiFeb 5, '08 1:43 AM
for everyone

dudukku di lereng kawah gunung berapi
sambil mataku berligar-ligar menjadi pemerhati
kepada seluruh alam yang turut sama berligar
dengan Ka'abah sebagai paksi
namun masih ada yang mahu engkar
terus menerus melanggar arus hakiki
sengaja mahu campakkan diri
ke dalam kawah gunung berapi

dudukku di lereng kawah gunung berapi
sambil tanganku menghadang semua yang ingin mendekati
dengarlah kataku
usah pura-pura tuli
janganlah dikau membakar diri sendiri
ikutlah aturan putaran galaksi
sejak zaman-berzaman lagi
berdiri, rukuk, duduk, sujud dan kemudian berdiri kembali
di sinilah ketenangan yang kaucari-cari

dudukku di lereng kawah gunung berapi
sambil tubuh ini kujadikan benteng keluli
tetapi terpacak aku di sini
seorang diri
sedangkan kawah ini terlalu luas dan ngeri
terlalu ramai insan yang tidak sayangkan diri
ingin terjun ke dalam lahar berapi
sengaja ingin merasakan pedih tidak terperi
di dalam keadaan tidak akan mati-mati.


herman.mutiara
telok blangah, singapura
18 november 2000


Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help