Blog EntrySelamat (an attempt at automatic writing)Apr 10, '08 10:21 PM
for everyone

selamat ke atas kamu
beserta rahmat Tuhan dan berkah-Nya
selamat datang
saya selamat
jangan bimbang, awak juga selamat

syukran
terima kasih
ma'assalamah 
(mas selamat?)
ilalliqoq
selamat tinggal
selamat pergi
jaga diri
jumpa lagi

dalam sepi
tertanya sendiri
apakah aku selamat nanti?


herman.mutiara
28 mac 2008


mutiara75 wrote on Apr 10
hope it makes sense... ;)
dpir wrote on Apr 11
It does, indeed. Good way of putting :)
mutiara75 wrote on Apr 11, edited on Apr 11
Kepada kawan-kawan yang hadir RP lepas, silalah letakkan puisi 'automatic writing' berkenaan 'Selamat' yang anda semua tulis pada hari itu. Sekadar untuk berkongsi. Topik sama, tapi fokus lain-lain.

Saya diberitahu CG Karmin, dia tidak akan mengadakan RP lagi, kerana 'tunjang'nya sudah tiada. Namun, kalau teman-teman ABASS ingin mengadakan aktiviti kesusasteraan yang lain (Lantunan Puisi, misalnya, seperti yang diilhamkan S.K), CG akan berikan sokongan dan ruang di Arts House untuk melaksanakannya.
jahmujahadah wrote on Apr 11
Salam,

Puisi "Selamat" saya, asalnya "jiwang" ;D

Saya percaya kita perlu istiqamahkan sesuatu...
Pertemuan santai pagi minggu ABASS sejauh ini belum diistiqamahkan dan sedikit payah kerana pagi minggu, ada yang bekerja, menghadiri kelas dan sebagainya...

S.K ingin sekali mengistiqamahkan sesuatu, jadi, ya, kita terus mengadakan pertemuan Malam Jumaat terakhir tetapi kita tukar formatnya sedikit... Bukan hanya untuk puisi, mungkin juga untuk genre lain. Kita juga boleh mengundang penulis mapan lain, misalnya, untuk membicarakan karya mereka dan pengalaman mereka dan sebagainya. Satu wadah ta'aruf... Kalau tak kerana RP, saya sendiri tidak akan dapat bertemu Elmi yang telah didengar puisinya sekian kali atau CG Karmin sendiri! Seorang pejuang yang sangat bersemangat!

Malah, kita boleh jadikan pertemuan-pertemuan malam Sabtu ini sebagai satu cara menyelesaikan isu dalam kesusasteraan, sekiranya kita mahu...
Kita punya lebih kurang dua minggu untuk memikirkannya...
S.K ingin sekali kita meneruskannya...

Herman, ingin letakkan notis ini di abass07.multiply? Dan kita lihat jika ada pandangan lain mengenai perkara ini...?

Kali ini, kita tetapkan matlamat aktiviti kita dan fokus...

Wassalam...
jahmujahadah wrote on Apr 11
Dan oh ya, puisi di atas ini sangat menarik sekali kerana aspek dialogiknya!
Herman.mutiara memang punya kekuatan puisi otomatis, alhamdulillah :)
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help