Blog EntryGig pertama selepas 8 tahunMay 1, '08 5:06 AM
for everyone

Semalam, saya kembali beraksi di pentas. Tempat: auditorium ITE Balestier. Roadshow untuk mempromosikan NURteensLINE, talian bantuan bagi membantu remaja bermasalah (tel. atau SMS: 9777-7697).

Inilah kali pertama saya membuat persembahan muzik di atas pentas selepas gig saya bersama Hamzah Adon dan Jai di pentas Artis' Corner (Perkampungan Melayu) pada tahun 2000. ('Rembat Puisi' tak kira...)

Acara dibuat ala 'talk show' dengan CG Karmin (nick multiply: wargajagat) memainkan peranan sebagai hos. Turut mengambil bahagian dalam persembahan ini ialah Nadirah, Yati dan Kamsani (anak-anak didik CG), saya sendiri (sebagai pemain gitar) dan kumpulan rok tanahair Cradle ('Artis Singapura Terbaik', Anugerah Planet Muzik 2008).

Saya dan Kamsani memulakan persembahan dengan lagu yang saya tidak ingat tajuknya (saya belajar lagu tu beberapa jam sebelum persembahan, ni kes bidan terjun ni). Selepas itu, Cradle pula mendendangkan lagu-lagu hit mereka, 'Sementara' dan 'Ayu' ('Lagu Terbaik Singapura', APM 2008) versi akustik.

Beberapa minit sebelum persembahan, CG beritahu saya bahawa Addy Cradle akan bermain gitar bersama saya untuk lagu 'Teman' yang akan dinyanyikan oleh trio Nadirah, Yati dan Kamsani. Kata CG, Addy pun tahu lagu tu, jadi Addy 'lead', saya ikut. Saya ok. Tapi bila saya berbual dengan Addy, dia kata dia dah lupa main lagu tu, jadi dia suruh saya main, dia ikut. Saya ok, cuma bimbang kita belum 'practice' lagu tu bersama. Apatah lagi, saya kena buat persembahan dengan gitaris dan selebriti handalan.

Bila tiba masanya untuk mendendangkan lagu 'Teman', tap-tup Fazli, pemain dram Cradle pun 'join' sekaki atas pentas dengan alat perkusinya. Semakin berdebar-debar saya dibuatnya.

Saya pun mula memetik gitar... G, Csus2, G, D.... (intro yang langsung kami belum pernah rehearse, walaupun dengan trio anak-anak didik CG)

... Yati masuk 'on-cue' dengan deklamasinya. Addy pun 'join' petik gitar. Fazli ketuk kotak empatsegi kayunya ikut tempo. G, Bm, C, G, C, G, C, D....

... Saya mula 'strum', Kamsani juga mula nyanyi 'on-cue'. Addy juga 'strum' sambil gentel sikit-sikit. Fazli ketuk kotaknya semakin rancak. Nadirah dan Yati juga kemudian turut nyanyi bersama. G, Bm, C, G, C, G, C, D....

... Ni bahagian paling mencabar. Dari rentak rancak, lagu perlu 'mellow down'. Saya berubah dari 'strumming' ke 'plucking'. Saya bimbang teman-teman pemuzik lain tak dapat tangkap 'cue' saya. Alhamdulillah, Addy dan Fazli sememangnya pemuzik profesional. Mereka tangkap 'cue' saya dan turut sama 'mellow down' untuk membenarkan Yati sambung deklamasinya. G, Bm, C, G, C, G, C, D....

... Selepas itu, tiada masalah lagi. Lagu 'build-up to climax'. Addy dan Fazli memainkan peranan mereka dengan sungguh profesional. Hingga ke bahagian di mana Nadirah menarik suara tinggi ala Mariah Carey. Kemudian, 'de-crescendo' dan tamat. Saya puas, persembahan pagi itu penuh 'feel' dan bertenaga. Alhamdulillah.

Selepas persembahan, seperti lumrahnya selebriti, Addy, Man Toyak & geng dikerumuni peminat untuk autograf dan bergambar. Saya 'relaks one corner' sambil simpan perkakas-perkakas saya. CG Karmin datang kepada saya. "Man, kalau diaorang tu CRADLE, awak GREATER," kata CG. Saya terharu.

CG juga minta saya untuk 'produce' lagu untuk Kamsani sepertimana saya 'produce' lagu 'Sungai Kota'. Saya beritahu CG, sekarang saya tak boleh kerana tengah sibuk dengan projek lain bersama ABASS. Kata CG, tak apa. Habiskan projek ABASS dulu, selepas itu kita mulakan projek 'Teraju'.

CG bertanya lagi, "Macam mana dengan kawan kita, J.E.?"

Kata saya, "If he miss the bus, that's too bad. The bus will not wait for him. Kita teruskan projek tanpa dia."

Kepada J.E., saya ingin nasihatkan, jangan terlepas peluang yang ada, kerana peluang sebegini tidak selalu datang bergolek. Begitu juga kalau anda ketinggalan bas ABASS, saya selaku pemandu bas juga tidak akan tunggu anda sebab ABASS ada jadual, ada deadline yang harus dipatuhi. Anda boleh tunggu bas lain.


mutiara75 wrote on May 2
*sigh*

J.E. tak periksa pun multiply-nya. Masih hanyut dalam dunia jiwa-jiwa / syok sendirinya barangkali. Senyap seribu bahasa (termasuk bahasa Melayu, Sanskrit, Jawa, Tamil, Arab & Swahili). Rasa macam nak drop saja dia dari projek lagu puisi ABASS kalau dia berterusan begini.

Seperti yang diceritakan dalam hikayat penglipur lara, biarkanlah si Luncai terjun dengan labu-labunya... saya sudah tak kuasa untuk pergi cari dan kejar dia. Dia dah besar panjang, pandai-pandailah dia prioritise perjalanan hidupnya.
dpir wrote on May 2
Salam
Rule No 16 of Richard Templer
"Change what you can change, let go of the rest"
Dedicate yourself personally to things you can change, areas where you can make a difference.

Cradle are credible artist, what u have is incredible passion and soul.....that's the difference.

Alhamdulillah, blessed are you :)
wargajagat wrote on May 2, edited on May 2
betul dpir. mutiara tiada tolok bandingnya dalam bidang ketukangannya.

ketukangan mutiara boleh dipercayai baik dari segi kualiti dan penyiapannya. kalau kata mutiara esok, esoklah siapnya. beliau akan berikan yang terbaik. memberi yang terbaik itu ciri mutu yang tinggi. mutiara rajin mendengar. dari itu, keperluan anda akan dipenuhinya. bagi saya, saya faham ketukangannya dan keterbatasannya juga. saya pilih ketukangannya. saya tidak pandang keterbatasannya. saya kenal mutiara, jika beliau kenal keterbatasannya, beliau dengan cepat akan mengatasinya jika ianya benar-benar perlu. jika tidak, beliau tidak akan bergegas untuk melakukan apa-apa. inilah satu lagi penampilan hebat mutiara. beliau amat fokus!

berbincang dengan mutiara tiada bahayanya kerana beliau tulus, terbuka dan terus-terang. dalam berpuisi, berlapis-lapis makna puisinya, tapi dalam perbualan, 'he goes straight to the point'. cuma, dalam perbincangan beliau tidak suka mencari pasal.

apabila saya mengatakan mutiara 'greater', telah saya ukur tara kebolehannya berbanding cradle. given the sam opportunity and equipment, mutiara sama tingginya dengan m.nasir dan ramli sarip. melampaukah pujian ini? tidak. pujian ini tidak mencukupi kerana, mutiara berkarya tanpa mengharapkan apa-apa. this is great. ini juga bagi saya ketaranya keterbatasan mutiara. beliau tidak tahu meminta (demand). bagi saya, perjalanan ketukangan mutiara sudah sampai di persimpangan. di persimpangan ini, mutiara perlu menyedari bahawa ketukangannya mempunyai nilai. baik nilai agama, sosial atau KOMERSIL.
mutiara75 wrote on May 2, edited on May 2
Memang benar saya tidak tahu meminta. Sejak kecil lagi, apa yang saya minta tak pernah saya dapat. Mungkin ketika itu saya meminta pada pihak yang salah, yang tak dapat menunaikan permintaan saya. Tapi kini saya tahu di mana untuk meminta. Alhamdulillah, Dia tidak pernah mengecewakan.

CG, buat masa ini, saya belum bersedia untuk meletakkan nilai komersil kepada hasil pertukangan saya. Setiap karya yang saya hasilkan adalah buah-buah cinta yang tumbuh dari pohon yang saya jaga. Pohon ini bukan milik saya.

Buat masa ini, biarlah buah-buah cinta ini tumbuh subur dari nawaitu yang bersih suci. Saya bukan jauhari yang boleh meletakkan harga pada karya saya sendiri. Saya bimbang, kalau saya letakkan harga, akan hilang rasa keikhlasan dalam hati ini untuk berkarya.
dpir wrote on May 2
"Ikut resmi lalang. Terus tumbuh walau bagaimana sekalipun diinjaki orang" ... dan semakin tawadhuk.



mutiara75 wrote on May 2
Terima kasih. Saya akan cuba bertakat dan istiqamah, dengan bantuan dan izin-Nya.
jahmujahadah wrote on May 3

Sokong! Sokong!

Wassalam...
wargajagat wrote on May 3
ramai seniman yang seniman seperti mutiara. tiada salahnya. tapi dalam berkarya, saya dah lihat sendiri 'investment' mutiara dari segi kelengkapan dan pembangunan kepakarannya. ketukangan mutiara menyerlah. seperti kata mutiara, beliau bukan jauhari yang boleh meletakkan harga pada karya sendiri. jadi jelas, jauharilah yang akan meletakkan harga. siapakah jauhari itu? di persimpangan ini, akan muncul jauhari tersebut (bukan saya). saya sendiri mahu melihat mutiara berjaya dan mendapat pulangan dunia akhirat.

bukan tujuan saya menyinggung dpir, tetapi lalang bukanlah satu lambang yang positif. ianya sejenis rampai yang tidak disukai peladang. memang ianya mempunyai ciri-ciri ketahanan dan kedegilan. bagi saya, ketahanan dan kedegilan itu merujuk perkara yang negatif. bukan ini juga niat anda. bukan juga niat saya untuk memandai-mandai.

izinkan saya mengongsi pengalaman saya ketika saya sama denai dan laluan dengan mutiara. saya kongsi pengalaman dan kepakaran tanpa meletakkan harga. akibatnya, hasil dan idea dicuri orang. salah satunya iaah 'hot potatoes' yang saya perkenalkan di singapura yang ini menjadi satu asas pembelajaran online kementerian pelajaran singapura. kini saya pastikan hak cipta saya terlindung bukan kerana tamakkan sesuatu, tetapi untuk mengelakkan orang lain bersikap curang.kita harus lindungi hak dengan ketara agar keburukan boleh dielakkan. bukan bertujuan melindungi hak secara keterlaluan atau tamak.

karya memerlukan idea. idea bercambah dengan masa. masa itu adalah emas. dan, emas amat berharga.

bukan juga tujuan saya 'menasihatkan' mutiara agar mula meniagakan karya-karyanya. penghargaan harus setimpal dengan usaha. kalau rezeki ada, itu bermaksud ada formula aliran rezeki tambahan yang mungkin sebenarnya sumber rezeki utama kita. wallahu'alam bissawab.....
dpir wrote on May 3
Saya hormati pendapat ckg.
Lalang memang tidak digemari peladang pada amnya.
Buat saya sendiri mudah. Setiap kita mempunyai faktor + dan -
Saya hanya mengenengahkan factor yang baik sahaja (iaitu semangat juang)

Wallahu'alam bissawab
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help