Alhamdulillah.
Saya baru habis baca AAC. Penutupnya membuat mata saya berkaca. Belum pernah saya baca novel yang buat saya tersentuh hingga bergenangan airmata. Transformasi Maria... subhanAllah! Pandai sungguh Kang Abik (sungguh tak kena saya panggil beliau dengan nama itu... sebab saya lebih tua sedikit dari beliau) mengolah cerita. Sekarang saya terasa macam nak bawa isteri menonton filemnya. Saya ada baca reviu di internet... filem AAC ada unsur-unsur melodrama ala filem Bollywood. ;)
Kini saya akur kenapa novel ini harus difilemkan. Saya rasa pengajaran yang dibawa oleh novel tersebut sedikit sebanyak akan tertumpah juga ke layar perak. Naskhah filem juga boleh dijadikan permulaan proses tarbiyah bagi pemeran-pemeran filem (baik yang di depan mahu pun di belakang kamera) jika proses perfileman dijalankan dengan baik. Juga boleh mendekatkan penonton kepada keindahan Islam. Lebih baik lagi, mendorong penonton untuk membaca novelnya agar dapat menerima ilmu secara langsung dari tumpahan ilhamkarya penulisnya.
Saya pernah memperkatakan tentang isu ini di Cyberummah dulu ketika saya mengeluh tentang ketiadaan drama-drama tempatan yang betul-betul Islami. Yang hampir Islami ketika itu ialah siri drama remaja 'Bara', kerana buat pertama kali dalam sejarah penyiaran drama tv Melayu Singapura, menampilkan watak remaja Muslimah bertudung dan adanya watak-watak yang ada ciri-ciri Islami seperti watak kecil 'abang janggut' kelakar yang selalu berfalsafah dalam dialognya (tak ingat nama wataknya, tapi dilakonkan oleh teman se-politeknik dengan saya, Azmi @ scudshot, yang juga pernah aktif dalam Jemaah Tabligh).
Sometimes, as filmmakers, they have no choice but to commit the the lesser of 2 evils in order to achieve a greater good. Filmmaking is a very complex and tedious process. Secara peribadi, saya rasa lebih baik ada sedikit unsur-unsur Islami daripada tiada langsung. Sila baca blog sutradara AAC mengenai proses rumit perfileman AAC. Saya tabik usaha Tuan Direktor.... http://aacinta.blogspot.com/2008/04/aac-stories-behind-scenes-part-i.html
http://aacinta.blogspot.com/2008/05/aac-stories-behind-scenes-part-2.html
 | Untuk menerbitkan sebuah filem Islami teramatlah sukar. Pertama, perlu cari cerita / skrip Islami yang boleh dilakonkan tanpa melewati batas-batas kesopanan. Kedua, mencari pelaku-pelaku yang boleh mendukung dan menghayati watak yang diberi. Ketiga, proses pembikinan filem dijalankan tanpa melanggar syariat (seperti tertinggal waktu solat, terlalu penat hingga menyebabkan kru meninggalkan puasa di bulan Ramadhan, misalnya) |
 | Selepas ini jangan lupa baca buku novel nya iaitu 'Cinta ku disejadah sum thing like thats very good too..!! |
 | ..."Di Atas Sejadah Cinta"... |
 | Di Atas Sejadah Cinta hanyalah himpunan kisah-kisah islami yg memberikan inspirasi walaupun saya agak sangsi jika semua ceritanya benar-benar berlaku(seperti kisah-kisah imam-imam). |
 | Salam,
tak baca lagi "Di Atas Sejadah Cinta"... Alhaque, rekomen, tak?
Mutiara, oh yah, bawalah isteri menonton! Dia pasti suka... Kasi dengar lagu menusuk tu... lagu pun ala-ala Bollywood apa...
Saya dengar, filemnya boleh tahan... jalinan ceritanya dalam filem sangat baik... Dan pengarahnya sedaya upaya mengikut logik novelnya... Cuma, hmmm... ada isu kontroversi, kan, untuk para "isteri"? LOL.
Wassalam. |
 | hehe. tak tau nak recommend ke tak. ia mcm buku kisah-kisah sufi. atau kisah-kisah imam. cuma buku ni ada campuran.. kisah sufi.. kisah imam.. kisah orang alim.. dan cuga beberapa cerpen..38 kisah semuanya. |
 | reviu dari rakhshan: "Maafkan aku Fahri Maafkan aku Aisyah Baru kini aku tahu....antara cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama..."
Satu adaptasi yang segar walau saya agak terkilan dengan pengakuan pemegang watak utama bahawa beliau hanya ingin seupaya mungkin dapat bekerja dengan berbagai pihak dan tawaran kewangannya.
Jika yang diniatkan hanya untuk memiliki yang tersebut maka yang tersebutlah yang bakal dimiliki. Namun sekiranya, keinginan yang lebih tinggi wujud dalam nawaitu fi qolbi, maka kenikmatan yang akan diraih samada gagal atau jayanya filem tersebut. Wallahu a'lam bissawab.
Secara keseluruhan, saya sangat terharu....http://rakhshan.multiply.com/reviews/item/19/Ayat_Ayat_CintaKomen saya:Hari ini di Berita Minggu, keluar lagi artikel mengenai Ayat-Ayat Cinta. Selepas membacanya, pudar keinginan untuk pergi menonton..... yang ingin ditonjolkan oleh penerbit berbangsa Hindu ialah tema cintanya, bukan inti agamanya. Islam diletakkan sebagai latar, sedangkan jika kita baca novelnya, watak utama sebenarnya ialah ajaran Islam itu sendiri yang diwakili 'ayat-ayat cinta' iaitu kitab suci Al-Qur'an. Adegan talaqqi (membaca al-Qur'an di depan sheikh) hampir-hampir ditiadakan, kononnya akan membosankan penonton, padahal di dalam novel, adegan talaqqi itulah yang paling penting, kerana jika Fahri tidak bersusah-payah keluar dari kediamannya untuk pergi talaqqi, dia tidak akan sempat berkenalan dengan Aisyah di dalam metro atau membantu Maria yang mengirim disket & jus mangga, lantas merapatkan lagi tali persahabatan mereka. Saya harap pembikinan filem 'Ketika Cinta Bertasbih' yang juga diambil dari novel Ustadz Habiburrahman lebih meyerlahkan teman Islamnya. Dengar khabar, Kang Abik akan secara langsung terlibat dalam proses perfilemannya. Sila baca entri Film "KETIKA CINTA BERTASBIH" Shooting di Mesir di http://udoyamin.multiply.com/journal/item/93/Film_KETIKA_CINTA_BERTASBIH_Shooting_di_Mesir |
 | pada pandangan saya, talaqqi tak akan membosankan penonton. malah ia boleh jadi bahan yang menambahkan lagi impak filem ini. penerbit seolah-olah pandang rendah terhadap nilai pembacaan Al-Quran dalam hal ini. |
 | Saya telah pergi menonton filemnya. Alhamdulillah, filem itu tidak mengecewakan, malah adaptasinya baik sekali kerana pengarah Hanung Bramantyo berjaya mengekalkan the essence of the novel dalam translasinya ke layar perak, walaupun banyak babak yang tidak mengikut jalan cerita novel. Tapi essence-nya tetap sama. Syabas, Pak Hanung.
Watak Fahri dalam filem sungguh lurus bendol. Berbeza dengan Fahri di novel yang penuh karisma, pintar, mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan boleh berdikari bekerja sampingan sebagai penterjemah buku yang bekerja tungkus-lumus untuk terus menyara hidup.
Watak Maria hanya tinggal dengan ibunya. Tiada ayah dan adik lelaki seperti dalam novel. Tiada adegan majlis menyambut ulangtahun ibu Maria.
Latar belakang Aisyah tidak dijelaskan seperti dalam novel. Adegan pertembungan di metro terlalu singkat. Adegan talaqqi, hanya beberapa potong ayat-ayat pendek dari permulaan Surah Al-Rahman.
Ini tidak dapat dielakkan. Saya rasa agak wajar perincian-perincian seperti ini ditiadakan. Kalau dimasukkan semuanya ke dalam filem, 12 jam pun tak habis!
Walaupun begitu, di dalam filem ini ada beberapa butir mutiara yang berharga. butir-butir mutiara yang tidak terdapat dalam novel.
Antaranya ialah adegan yang paling saya suka, iaitu adegan Fahri dalam penjara. Kalau dalam novel, Fahri berkongsi sel dengan tiga orang tahanan politik, tapi dalam filem, teman selnya ialah seorang lelaki comot separuh siuman. Namun, pengajaran besar yang Fahri terima dari teman sel ini sungguh mengharukan. Watak ini mengingatkan saya pada watak-watak ahli-ahli sufi dahulu-kala yang berpakaian compang-camping dan sering dianggap kurang siuman oleh masyarakat sekeliling mereka kecuali beberapa orang saja yang mengenali isi hati mereka.
Ketika Fahri meraung kerana putus-asa dalam ikhtiarnya untuk membuktikan kebenarannya, si comot bergigi rongak ini malah menasihatinya supaya jangan putus-asa akan rahmat Allah dan berkali-kali menyuruh Fahri dengar, 'kerana Allah sedang berbicara denganmu!' Inilah adegan kegemaran saya. Kalau nak tahu apa yang Allah bicarakan (metaforikal, bukan literal ya!) kepada Fahri, tontonilah filem ini. Pasti akan membuat mata penonton berkaca.
Yang membuat saya terkilan ialah adanya beberapa buah adegan di mana watak Aisyah & Nurul yang tidak bertudung ketika berada di dalam rumah masing-masing. Memang realistiknya, mana ada Muslimah yang bertudung 24-jam sehari di dalam rumahnya sendiri. Ini bagi saya adalah dilema yang dihadapi semua pembuat filem Islami. Bagaimana agaknya adegan seperti ini boleh diceritakan tanpa perlu watak Muslimahnya menanggalkan tudung? Saya sendiri tiada jawapannya. Malah dalam filem 'Syukur 21' terbitan Raihan juga ada adegan begini...
Perkara kedua yang kurang menyenangkan ialah adegan bersentuhan antara pelakon lelaki dan perempuan, walaupun mereka memainkan watak sepasang suami-isteri. Ini juga adalah satu lagi dilema yang kalau saya disuruh menjadi sutradara, saya juga akan kacau dibuatnya. tapi saya juga harus tabik kepada sutradara Hanung Bramantyo kerana secara artistik telah menggunakan kaedah camera trick dalam beberapa adegan intim. Iaitu adegan Fahri pertama kali mencium bibir Aisyah di malam pertama, adegan itu dihadang bingkai tingkap. Begitu juga adegan cium antara Fahri dan Maria di mana fokus kamera bertukar ke arah Aisyah yang tidak sengaja terlihat adegan itu. Dari wajah Aisyah kita boleh rumuskan sendiri apa yang berlaku.
Selepas Fahri dilepaskan dari penjara, kisah di dalam filem sudah tidak lagi mengikut jalan cerita novelnya. Jadi impaknya tak sama, walaupun pembikin filem ini cuba untuk menampilkan alternatif yang agak baik, walaupun tidak sekuat versi novel. Adegan transformasi Maria yang saya sangat minati di dalam novel tiada dalam versi filem. Jadi kesudahannya, walaupun trajis dan hampir sama, tapi jelas berbeza. Kalau dalam novel, kita boleh merasakan bahawa ketiga-tiga watak Fahri, Aisyah dan Maria berjaya mendapatkan cinta yang mereka impikan (juga Nurul yang akhirnya dilamar anak seorang kiayi yang ganteng dan sekufu dengannya yang juga anak seorang kiayi), tetapi di filem, dapat dirasakan bahawa watak Maria seolah-olah kecundang dalam percintaannya. Dialog Maria di akhir filem, bahawa menyintai tak sama dengan memiliki, sebenarnya adalah dialog Noura dalam novel, satu-satunya watak yang kecewa dalam percintaan.
Ironi sekali, watak Noura, gadis yang menuduh Fahri memperkosanya hingga Fahri masuk penjara, adalah satu-satunya watak yang tidak melucutkan tudungnya dan tidak ada adegan intim di sepanjang filem. Satu-satunya pelakon yang benar-benar Muslimah offscreen, dalam filem itu memainkan watak separuh-villain!
|
 | Salam,
Jadi, awak sukalah filem ni? :)
Tentulah filem yang baik akan mengambil elemen-elemen yang paling menarik apabila mengadaptasikan sesebuah novel... Contohnya, Lord of the Rings dan Harry Potter. Narnia tidak berjaya kerana terlalu terikut dengan perjalanan novel...
Tentang tudung, kan, Herman, beberapa drama muncul di minda... Contohnya: Cinta Madinah dan Kiamat Sudah Dekat Watak-wataknya bertudung dalam rumah... Orait, ape?
Tentang Maria... bukankah dia telah menemukan Cinta yang lebih agung?
Wassalam... |
 | Yang memegang watak Noura itu ialah heroin 'Kiamat Sudah Dekat'. Saya belum pernah menonton 'Cinta Madinah'. Kalau 'Kiamat Sudah Dekat', pernah beberapa kali menontonnya di rumah bonda. Dalam drama itu, kebanyakan adegan berlaku di luar rumah. Kalau dalam rumah pun, di kawasan umum seperti di dapur dan halaman rumah yang terbuka, lantas memang logik kalau watak itu bertudung. Tiada adegan dalam bilik tidur, atau adegan suami-isteri.
Alamak Jah, awak ni spoiler betul lah... dalam novel, Maria menemukan Cinta yang lebih agung, tetapi tidak begitu dalam filemnya. Dalam filem, seolah-olah Maria yang mengalah dan mengorbankan cintanya pada Fahri. |
Comment deleted at the request of the author.
 | Alamak Jah, awak ni spoiler betul lah... dalam novel, Maria menemukan Cinta yang lebih agung, tetapi tidak begitu dalam filemnya. Dalam filem, seolah-olah Maria yang mengalah dan mengorbankan cintanya pada Fahri.  OOOOPSSSS... Waktu menulis tengah malam tu, saya sedang terbayangkan bahagian dia bersolat... apabila dia bersolat di belakang Fahri dalam penuh ketenangan dan kekhusyu'an, maka, itulah sesungguhnya pertemuannya dengan Cinta agung, kerana hatinya Ikhlas menghadapNya... Itu maksud saya...
Spoiler, tak, kalau awak terangkan kenapa awak kata "seolah-olah Maria yang mengalah dan mengorbankan cintanya pada Fahri."?
Tentang adegan tu, memang banyak cara yang boleh dilakukan... itu memang terang dan nyata...
Tentang tudung tu... Dalam "Cinta Madinah" (pelakon feberet saya ada - Zul Yahya ;D ), Wardinah, Sarimah, Hamidah Wahab (dan sorang lagi sepupu watak utama), semuanya bertudung di rumah... Tak ada masalah pun... Malah, dalam Kiamat Sudah Dekat, Noura adakalanya guna tudung kecil yang nampak lehernya. Tapi, dalam Cinta Madinah, sempurna semuanya... sampai tulis emel atas katil pun masih pakai tudung, huhu...
Wassalam. S.K sedang berangan mengarah TTD secara Islami...
|
 | Maksud saya... spoiler kerana secara tidak sengaja awak dah dedahkan akhir cerita. Saya lebih suka akhir cerita dalam novel, rasa lebih positif. Tidak melodrama & tragis seperti dalam filem. Dalam filem, Maria didiagnos lemah jantung, dan yang menyebabkan jantungnya berdegup ialah harapan menggunungnya pada Fahri. Bila dapat tahu Fahri sudah bernikah dengan Aisyah, dia terus koma kerana kehilangan semangat untuk hidup.
Mungkin ada penonton seperti saya yang merasakan bahawa Maria hilang semangatnya untuk hidup di akhir filem kerana tidak sanggup lagi berkongsi cintanya dengan Aisyah. Walhal, dalam novel, dia dengan begitu bersemangat sekali berkata dia ingin pergi menemui Cintanya yang lebih Agung dari Fahri. Bacaan ayat-ayat cinta (al-Qur'an) dan dzikrullahnya di penutup novel itu sungguh hebat dan tiada tandingnya.
Ayoh, saya ajak semua, mari kita baca novelnya dan buat perbandingan... rugi lho kalau sudah nonton filemnya tapi ngga pernah baca novelnya.... hehehehhh.... (promosi sikit novelnya Kang Abik!) |
 | Insya-ALLAH. Siapa yang sudi pinjamkan saya novelnya?
|
 | Sayangnya, novel saya dipinjam rakan sekerja. Tak tahu bila dia akan habis baca dan kembalikan. Kawan yang masih single itu terang-terang menyatakan sudah jatuh cinta dengan 'Aisyah'. |
 | Tentang tudung tu... Dalam "Cinta Madinah" (pelakon feberet saya ada - Zul Yahya ;D ), Wardinah, Sarimah, Hamidah Wahab (dan sorang lagi sepupu watak utama), semuanya bertudung di rumah... Tak ada masalah pun... Malah, dalam Kiamat Sudah Dekat, Noura adakalanya guna tudung kecil yang nampak lehernya. Tapi, dalam Cinta Madinah, sempurna semuanya... sampai tulis emel atas katil pun masih pakai tudung, huhu...  Kalau saya buat filem Islami, saya akan cuba untuk tidak adakan adegan-adegan dalam rumah atau dalam bilik tidur untuk watak wanita. Kalau ada pun,saya akan selitkan asbab yang masuk akal untuk terus mengekalkan watak itu menutup aurat. Seperti ada tetamu atau kawan yang datang bertandang. Atau watak itu baru pulang ke rumah. Untuk adegan monolog, misalnya adegan menulis dalam diari (yang biasanya dipaparkan di dalam bilik tidur, macam takde tempat lain), boleh saja dibuat di tempat terbuka (macam adegan Maria di tebing sungai Nil dalam filem AAC). |
| |