Visual Appetizers

Photo AlbumYasin & UmairahMay 6, '08 12:03 AM
for everyone
Watak karikatur ini saya ciptakan semasa menuntut di politeknik dulu, untuk dijadikan maskot untuk newsletter NP Muslim Students Society, Al-Faaizuun, di mana saya adalah ketua editornya ketika itu.

Cita-cita saya ialah untuk menggunakan kedua-dua watak ini untuk sebuah komik-strip. Namun hingga ke hari ini, cita-cita hanya tinggal cita-cita.

kartun.jpg
  


wargajagat wrote on May 6
dah tiba masanya anda buat. r u ready?
jahmujahadah wrote on May 6
Salam,

jom, jom, lakar strategi!
jahmujahadah wrote on May 6
Saya ingat lagi majalah "Al-Faaizuun"... Saya sangat tertarik dengan konsepnya dan sangat "impressed" dengan terbitan NP ketika itu... sangat tak sangka rupanya awak editor, huhu...

Negara ni cinonit... terlalu cinonit...

Wassalam...
mutiara75 wrote on May 6, edited on May 6
Semalam, sewaktu menonton Anugerah Band, tercetus idea untuk komik-strip 'Yasin & Umairah'. Untuk komik-strip pertama ini, saya akan memperkenalkan watak Yasin dulu. SK, saya dah jumpa 'drawing pen'-nya! Saya akan mula melukis seperti dulu... dah lama tak melukis, tentu banyak karatnya!

Al-Faaizuun ialah cabaran yang saya terima ketika itu. Di politeknik dulu, saya banyak mengkritik cara NPMSS ditadbir kerana saya lihat kelab itu terlalu eksklusif dan terlalu 'senyap'. Kemudian saya ditegur oleh exco dan meminta saya 'walk the talk'. Saya terima cabaran itu. Lalu Al-Faaizuun saya hidupkan semula untuk memberi peluang sesiapa saja yang minat menulis atau melukis kartun untuk menyiarkan karya-karya mereka. Saya juga banyak menulis artikel, sajak dan melukis komik-strip. Cuma 'Yasin dan Umairah' belum saya komik-strip-kan. Sayang sekali, selepas saya graduate, Al-Faaizuun terkubur kembali.
wargajagat wrote on May 6
saya kepingin salah satu aspek kecenderungan yasin ialah dalam aspek tatabahasa Melayu. dalam bentuk yang lucu. Di mana yasin menawarkan perspektif segar dalam mempelajari sesuatu.
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help