 | Category: | Books | | Genre: | Literature & Fiction | | Author: | Zaid Akhtar |
Walaupun dalam kesibukan, akhirnya novel tebal ini berjaya saya khatam. Sebuah novel Islami yang sungguh memuaskan hati dan jiwa. Kisah perjuangan seorang gadis bernama Sumayyah yang menuntut ilmu ukhrawi di Jordan dan kemudian kembali semula ke Malaysia untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakatnya sungguh menyegarkan. Jarang sekali kita temui novel Islami seperti ini di pasaran, yang ditulis dengan gaya yang menarik dan ada kalanya mencuit hati, yang berdakwah dan sarat dengan ilmu tanpa perlu berkhutbah, dan yang mengajar dengan penuh hikmah. Malah, tidak berlebihan kalau saya katakan 'Salju Sakinah' karya ustaz-novelis muda Zaid Akhtar adalah lebih baik dan lebih realistik dari 'Ayat-Ayat Cinta' dan 'Ketika Cinta Bertasbih' karya ustaz-novelis muda Habiburrahman El-Shirazi dari Indonesia yang popular dewasa ini, kerana bagi saya, kisah dan latar sosio-budaya 'Salju Sakinah' lebih mirip dengan budaya Melayu Singapura, memudahkan kita untuk menghayati intinya. Juga secara peribadi, novel ini telah mencuit kenangan semasa saya mengembara di Jordan selama dua minggu pada musim sejuk dua tahun yang lalu, walaupun tiada salju ketika itu (tidak seperti di dalam novel). Novel terbitan PTS ini boleh didapati di cawangan MPH di Malaysia. Sila ke blog 'Salju Sakinah' untuk maklumat lanjut. http://saljusakinah.blogspot.com/ 
 | Assalamu'alaikum salam kenal moga sukses dengan karyannya. Amin |
 | seems very interesting...must read then!!! tanx! |
 | mutiara75 wrote on Jun 19, '08, edited on Jun 19, '08 Oh ya, lupa nak beritahu, buku ini boleh didapati di MPH di gedung City Square, Johor Bahru, tak jauh dari kastam. Kalau di Singapura, saya belum terserempak lagi novel ini di mana-mana kedai buku. |
 | salam sakinah. terima kasih kerana sudi membaca dan mengulas novel saya yang seadanya ini. :-) semoga bermanfaat utk Islam. |
 | Zaid TURUN laman MUTIARA!! |
 | Salam,
Ustaz Zaid dah mampir ke Kote Singe... heheheheh... Ahlan wasahlan wamarhaban ;)
Wassalam. |
Comment deleted at the request of the author.
 | Alhamdulillah. SS dapat diterima baik nampaknya di seberang Tambak.
|
 | Terima kasih, Mutiara, promosi saya pula ;D (Saya terima komisyen dalam wang Ringgit, sebab boleh sambung buat PhD kat Malaysia, huhuhu...)
Hmmm... terfikir ni, kena buat ulasan sedikit mengenai karya-karya Ustaz Zaid pula nanti... Novel kegemaran saya dari Ustaz Zaid sebenarnya ialah Justeru Impian di Jaring :) Sebuah novel remaja ringan yang mengangkat isu bersukan dengan prinsip Islam :) InsyaAllah, bila berkesempatan :)
Ustaz Zaid, alhamdulillah, salam perkenalan :)
Wassalam...
|
 | Yay. Saya pun suka novel Justeru Impian di Jaring. Novel yang baik akan diterima di mana-mana pun. Tak kisah di Singapura, Malaysia, Indonesia atau... Bangladesh.. Hehe.
Tertanya pula dalam diri... bila asatizah singapura nak tulis novel yang mengangkat kehidupan masyarakat kita? Haha.
Wassalam Khairool Haque |
 | Khairool, kalau dalam tahun-tahun 60-an, kita pernah mempunyai Ustazah Salmi Manja :) Isteri Pak Samad Said. Bonda Abang HelmySamad... "Sayang Ustazah Sayang" dan karya-karyanya lain sedang dalam dinilai oleh WiraBukit untuk diterbitkan semula, insyaAllah... Jika segalanya berjalan lancar :)
Milenia baru ni pula, sebuah organisasi Islam telah melatih asatizahnya untuk menulis secara kreatif sejak setahun dua ni, alhamdulillah :) Tapi, akak belum lihat hasilnya lagi... mungkin, masih terlalu baru :) Usaha seterusnya, mereka telah mengadakan sayembara penulisan novel dalam tahun 2007, bulan Disember, tapi akak belum dengar pula siapa pemenangnya... Masih lagi dalam penilaian, kot... Wallahu'alam...
Wassalam.
|
 | Saya dulu pernah disuruh masuk sayembara tu. Saya tak nak. Saya terpaksa berbalas sms sampai pukul 2 pagi. Tak faham-faham juga. Tak salah saya dalam formnya ada tulis keputusan pada bulan jun. Hahaha. Kita terpaksa menanti.
Wassalam |
 | Dah nak akhir bulan jun ni? LOL. Akak pun diberi sokongan untuk menulis novel untuk sayembara tersebut... Akak mulakan usaha minggu terakhir sayembara... Ingatkan bolehlah tulis terus menerus... Tapi, terlupa, akak "penyempurna", perfectionist ;D Dan karya itu memerlukan sesuatu yang lebih tinggi dimensinya daripada yang mampu diberikan dalam seminggu itu...lol...
Oh ya, betul tu Khairool kata... Karya yang baik akan diangkat di mana-mana, tak kira tempat dan masa :)
Kulitbuku juga memainkan peranan... Sangat berharap JIdJ mendapat kulitbuku yang lebih mengujakan pada edisi seterusnya (apa kena mengena titis hujan atas daun dengan sukan badminton? Ya Allah... tak ada imaginasi langsung, maaf...) supaya lebih ramai akan teruja mendapatkannya, insyaAllah...
Wassalam. |
 | hari ni hari isnin. tak ke sekolah atau ke tempat kerja ke? |
Comment deleted at the request of the author.
 | CG, timekasih... Perbincangan dilakukan antara tengah malam dan dua pagi ;D Saya sambung sebelum ke tempat kerja tadi ;)
"Ke arah karya merentas zaman dan masa! ;) "
Wassalam. |
 | ish khairool ni. tak tidur gayanya. |
 | haha. waktu tidur saya tak menentu. waktu pagi-pagi memang waktu saya suka menulis dan kadang-kala ulangkaji pelajaran/habiskan kerja rumah.
saya memang tak banyak tidur. kalau tidur lebih nanti kepala pening. |
 |  Terima kasih, Mutiara, promosi saya pula ;D (Saya terima komisyen dalam wang Ringgit, sebab boleh sambung buat PhD kat Malaysia, huhuhu...)
Hmmm... terfikir ni, kena buat ulasan sedikit mengenai karya-karya Ustaz Zaid pula nanti... Novel kegemaran saya dari Ustaz Zaid sebenarnya ialah Justeru Impian di Jaring :) Sebuah novel remaja ringan yang mengangkat isu bersukan dengan prinsip Islam :) InsyaAllah, bila berkesempatan :)
Ustaz Zaid, alhamdulillah, salam perkenalan :)
Wassalam...  salam. eh, sis jahmujahadah novel JIdJ tu kan novel yang "terlepas peluang". :-) saya mmg nampak peluang utk masukkan ilmu bantu itu tp dah tak sempat sebab datelinenya dah menyempit sgt. Inilah akibat buat kerja last2 minute. Terpaksa redha dgn hasil yg termampu.
Ttg cover, entahlah. Semua pihak UPND yg uruskan. Para pemenang HSKU tak tahu menahu hinggalah selesai dicetak.
|
 | mutiara75 wrote on Jul 1, '08, edited on Jul 1, '08 Ish, panjangnya perbincangan di sini... saya baru dua setengah hari tak duduk depan PC, sudah ada 11 new replies. Terima kasih kerana sudi meramai-ramaikan blog saya ini. |
 | salam. eh, sis jahmujahadah novel JIdJ tu kan novel yang "terlepas peluang". :-) saya mmg nampak peluang utk masukkan ilmu bantu itu tp dah tak sempat sebab datelinenya dah menyempit sgt. Inilah akibat buat kerja last2 minute. Terpaksa redha dgn hasil yg termampu.
Ttg cover, entahlah. Semua pihak UPND yg uruskan. Para pemenang HSKU tak tahu menahu hinggalah selesai dicetak. =================================
Salam, Ustaz, tiba dah ke Forum Fikirasa? :o Terima kasih kerana menziarahi :) (Saya memang gemar berdialog dengan teks, seolah-olah penulis yang dimaksudkan membaca forum tersebut... ;D )
Tentang maklumat yang terlepas tu, manalah tau ada edisi baru nanti ;)
Tentang kulitbuku, yah, sebagai seorang yang berpengalaman dalam dunia penerbitan, saya sangat faham... gambaran "kurang imaginasi" itu ditujukan kepada mereka yang terbabit ;D
Katalah saya yang reka... Mmmm...saya akan gunakan imej "shuttlecock" atau "jaring"... mungkin... "shuttlecock" sedang terbang melepasi jaring... ;D
Mutiara, klise?
Wassalam... |
| |