Herman's posts with tag: islam
dipetik dari lelaman http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic28_2003.htm MARAH : KESAN DAN PENGENDALIANNYA (BILANGAN 160 BAHAGIAN AKHIR)
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah Bagaimana Menghilangkan Sifat Marah. Sebenarnya seseorang itu tidak akan kekal menyintai atau menyukai sesuatu dan membenci sesuatu. Justeru itu dia tidak terlepas dari perasaan meradang dan marah. Selama mana sesuatu perkara itu bersesuaian dengannya atau menyalahinya, maka tidak boleh tidak sudah tentu dia menyukai apa yang bersesuaian dengannya dan membenci apa yang menyalahinya yang mana akan disusulinya dengan sifat marah. Sesungguhnya seseorang itu apabila diambil apa yang disukainya, sudah tentu dia akan marah dan apabila ditujukan kepadanya apa yang dibencinya, sudah pasti juga dia akan marah. Maka apa-apa yang disukai oleh seseorang itu terbahagi kepada tiga bahagian:. Pertama: Apa yang penting kepada seseorang amnya seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan kesihatan. Jadi sesiapa yang dipukul badannya, tidak boleh tidak pasti dia akan marah. Begitu juga apabila diambil pakaian yang menutup auratnya, sudah pasti dia akan marah. Kedua: Apa yang kurang penting bagi seseorang seperti kemegahan, harta banyak, dan binatang ternak. Semua yang tersebut ini adalah disukai menurut kesukaan. Ketiga: Hal yang mustahak pada sebahagian orang, tidak pada sebahagian orang yang lain seperti buku pada orang yang berilmu kerana ia memerlukan buku itu lalu dia menyukainya, maka dia akan marah kepada orang yang membakar buku itu. Adapun bahagian yang pertama, maka latihan yang dilakukan untuk menghilangkan sifat marah tidaklah bererti untuk menghapuskan kemarahan sama sekali, akan tetapi untuk dia tidak mengikuti nafsu marahnya melainkan pada batas-batas yang dianjurkan oleh agama dan dipandang baik oleh akal. Jadi untuk mengalihkan kemarahan dari hati itu, mungkin tidak akan terjadi kerana ia bukan kehendak tabiatnya, tetapi hanyalah untuk mengurangi sifat marahnya sahaja. Untuk bahagian yang ketiga, samalah keadaannya dengan yang pertama, kerana apa yang menjadi satu dharuri atau kepentingan kepada seseorang, tidak dapat menghalangnya dari bersifat marah, lantaran orang lain tidak memerlukan kepentingan yang diambil daripadanya itu. Jadi latihan yang dilakukan, dapat melemah dan mengurangkan kemarahannya sehingga dia tidak merasa terlalu pedih di atas kehilangan sesuatu daripadanya dan dia dapat bersabar menerima apa yang telah berlaku. Sementara bahagian yang kedua pula, kemarahan mungkin dapat dihilangkan melalui latihan, kerana kesukaannya terhadap sesuatu seperti harta yang banyak dapat dibuang apabila dia memahami bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja dan kehidupan di akhirat jua yang kekal abadi. Jadi dengan cara ini dia akan mencari harta di dunia ini mengikut kadar keperluan sahaja. Sebab-sebab Yang Menimbulkan Kemarahan. Sebab-sebab yang menimbulkan kemarahan itu ialah sifat megah diri, membanggakan diri, suka bersenda gurau, membuang masa bermain-main, mengejek, memalukan orang, suka bermusuhan, menyalahi janji, dan tamak. Semua sifat yang tersebut di atas adalah budi pekerti yang tercela pada agama, yang mana seseorang itu tidak akan terlepas dari mempunyai sifat marah apabila dia mempunyai sifat-sifat yang tersebut. Jadi untuk menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan sifat marah itu tadi, perlulah seseorang itu bersifat dengan sifat-sifat yang menjadi lawannya. Contohnya sifat megah diri, maka perlulah dia bersifat rendah diri untuk menjauhi sifat marah. Begitu juga sifat membanggakan diri, maka perlulah dia menganggap bahawa manusia itu sebenarnya adalah sama rata sahaja. Adapun sifat bersenda gurau yang menjadi sebab kepada kemarahan, dapat dihilangkan dengan menyibukkan diri dengan kepentingan-kepentingan agama. Begitu juga sikap membuang masa dengan bermain-main dapat dihilangkan dengan kesungguhan mencari keutamaan, dengan berperangai baik dan menimba pengetahuan agama yang dapat menjamin kebahagiaannya di akhirat kelak. Sifat mengejek pula dapat dihilangkan dengan sifat memuliakan, dan sifat memalukan orang dapat dihilangkan dengan bersifat menjaga lidah dari perkataan keji. Begitu juga sifat-sifat yang lain, semuanya dapat dihapuskan dengan bersifat dengan lawannya. Apabila sifat-sifat ini terhapus daripada diri seseorang, maka suci dan bersihlah dia dari sifat-sifat keji tersebut dan terlepaslah dia dari kemarahan yang ada pada dirinya. Kesan-kesan Marah Yang Dicela Sifat suka marah adalah suatu sifat yang dikeji dan suatu tabiat buruk. Jika seseorang itu menghambakan dirinya kepada sifat marah, nescaya terhasillah kesan-kesan yang memudharatkan dirinya sendiri khususnya dan masyarakat umumnya. Adapun kemudharatan terhadap dirinya, dapat diketahui apabila kita menggambarkan keadaan seseorang yang sedang marah. Raut wajahnya berubah, darahnya meluap, anggotanya menggeletar, urat-urat lehernya menegang, pergerakannya kelam kabut, percakapannya tidak jelas, lidahnya mudah mengeluarkan kata-kata keji, mengumpat, mengutuk dan kemungkinan mengeluarkan kata-kata haram yang boleh mengeluarkannya daripada Islam seperti lafadz kufur, mencela agama dan seumpamanya. Selain daripada itu, seseorang yang cepat marah itu akan melakukan tindakan-tindakan yang diluar dugaan yang berkemungkinan akan melibatkan kerugian harta dan kesakitan pada tubuh badan. Adapun kemudharatan terhadap masyarakat, ia melahirkan perasaan dengki di dalam diri dan menyembunyikan niat jahatnya terhadap seseorang. Ia boleh membawa kepada perbuatan menyakiti orang lain dan membenci serta merasa gembira apabila mereka ditimpa musibah. Seterusnya akan mencetuskan permusuhan dan kebencian di antara sesama manusia. Dengan itu juga, rosaklah kehidupan dan runtuhlah masyarakat. Ada seperkara lagi yang selalu kita lakukan ketika marah, padahal perkara itu amat membahayakan diri sendiri sebelum ia membahayakan diri orang lain. Mungkin kita menyedari bahawa perbuatan itu salah, tetapi oleh kerana terlalu terpengaruh oleh marah tadi, sehingga kita tidak dapat menimbang lagi segala kata-kata yang diucapkan oleh lidah. Kata-kata itu seperti melaknati orang, menyundal-nyundalkan orang, mencelakakan orang dan sebagainya. Sebab jika kita menyebutkan kata-kata yang tidak senonoh itu kepada orang lain, seolah-olah kita telah menuduhnya dengan ucapan kita itu. Andaikata apa yang diucapkan itu memang benar, nescaya kita telah melanggar perintah menyuruh kita menutup segala keaiban orang lain. Orang yang mendedahkan keaiban saudaranya adalah berdosa besar di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala sekalipun perkara yang dituduhnya itu memang benar. Apatah lagi jika tidak benar, maka dosanya akan bertimpa-timpa lagi. Ada setengah ulama menganggap ucapan-ucapan seperti “sial”, “laknat”, “celaka” dan seumpamanya sebagai doa, kerana ada sebuah hadith daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang melarang perbuatan seperti itu. Sebab dikhuatiri, jika ucapan itu berkebetulan dengan masa pengabulan doa dan permintaan, nescaya bencana ucapan itu akan menimpa orang yang ditujukan ucapan itu, kiranya dia memang patut menerima bencana itu pada ukuran Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tetapi kiranya dia tidak patut menerimanya, maka bencana itu akan kembali menimpa ke atas orang yang menujukan ucapan itu. Diriwayatkan dari Jabir Radhiallahu ‘anhu, dia berkata: “Suatu masa kami bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang menuju ke medan perang, tiba-tiba ada seorang Anshar merasa tidak selesa terhadap binatang kenderaannya, lalu dia menyumpah-nyumpah binatang itu: Jalanlah, laknat! Maka Baginda marah kepada orang Anshar itu lalu bersabda: Turunlah dari binatang itu! Jangan engkau biarkan ia ikut bersama-sama kita, kerana ia telah mendapat laknat. Kemudian Baginda bersabda lagi: Janganlah engkau mendoakan (kecelakaan) ke atas dirimu atau ke atas anak-anakmu atau ke atas harta bendamu, kerana dikhuatiri bertepatan pada saat doa mustajab, di mana setiap hamba yang memohon (berdoa) sesuatu dari Tuhan akan dikabulkan”. Bagaimana Mengendalikan Marah. Sebenarnya penyakit marah yang dicela itu boleh diubati dengan dua perkara iaitu dengan ilmu dan amal. Mengubati marah dengan ilmu itu ada enam perkara: Pertama: Dengan bertafakkur memikirkan kisah-kisah teladan yang menyentuh tentang buruk baiknya bersifat marah, berfikir tentang keutamaan menahan kemarahan, memberi maaf dan berlemah lembut. Dengan cara ini, akan menjadikannya gemar dan suka kepada pahala yang bakal diperolehinya dari menghiasi diri dengan sifat-sifat tadi. Seterusnya dapat mencegahnya dari bersifat marah. Kedua: Dengan cara seseorang itu menakutkan dirinya kepada siksaan Allah dengan bekepercayaan bahawa kekuasaan Allah ke atas dirinya lebih besar dari kekuasaannya ke atas manusia lain. Ketiga: Dengan mengingatkan diri akan akibat permusuhan dan pembalasan dendam. Keempat: Dengan berfikir tentang bentuk buruk dirinya ketika dia marah dan berfikir tentang betapa kejinya sifat marah itu. Kelima: Dengan berfikir tentang sebab yang membawanya kepada kemarahan. Keenam: Dengan menyedari bahawa kemarahannya adalah berpunca dari sikap membanggakan diri sendiri yang tidak sesuai dengan kehendak Allah. Sementara itu mengubati marah dengan amal perbuatan pula di antaranya ialah: Dengan membaca:  yang bererti: “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang kena rejam”. Inilah ayat yang disuruh baca oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika marah. Begitu juga sunat dibaca doa ini ketika marah: Ertinya: “Wahai Tuhanku, Tuhan nabi Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan”. Jika kemarahan itu tidak hilang dengan membaca yang demikian, maka hendaklah seseorang itu duduk jika dia marah dalam keadaan dia berdiri, dan berbaring jika dia marah dalam keadaan dia sedang duduk, dan dekatkanlah diri dengan bumi, yang mana dari bumi itulah dia dijadikan dan agar dia tahu akan kehinaan dirinya. Kemudian carilah dengan duduk dan berbaring itu ketenangan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : “Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendaklah dia menlekatkan dirinya ke bumi ”. (Hadith riwayat At-Tirmidzi) dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : “Apabila seseorang di antara kamu marah dan dia sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk, sesungguhnya yang demikian itu akan menghilangkan marahnya, dan jika tidak maka hendaklah di berbaring” (Hadith riwayat Abu Daud) Selain daripada itu, cara menghilangkan penyakit marah itu juga ialah dengan mendiamkan diri, Rasululullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : “Apabila seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia diam”. (Hadith riwayat Ahmad) Oleh kerana kesan-kesan yang tercela yang ditimbulkan oleh sifat marah itu, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menganjurkan kepada umat manusia supaya jangan suka marah, sebab marah itu tidak akan mendatangkan apa-apa yang baik kepada diri, malah ia akan menyebabkan berbagai-bagai bencana, terutama sekali bila perasaan marah itu diletakkan bukan pada tempatnya. Selain itu, orang yang suka marah itu sering ditunggangi oleh syaitan yang memaksakan kehendaknya ke atas orang yang marah itu. Manakala orang yang menurut kehendak syaitan itu tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang menutup keaiban saudara Islamnya, Allah swt akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah swt akan menolong hambaNya selagi hambanya itu menolong saudaranya."(Muslim & Abu Daud)
"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah swt akan menutup keaibannya pada hari kiamat dan sesiapa yang mendedahkan keaiban saudaranya yang Islam, Allah swt akan mendedahkan keaibannya, sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri." (Ibnu Majah)
To learn the Qur'an, one must have these qualities: - patience (sabr)
- perceverence (istiqamah)
- sincerity (ikhlas)
To recite / read Qur'an properly, one must know - prolongation (maddah)
- buzzing sound (ghunnah)
- origin of pronunciation (makhraj)
- composure (breathing, stop and pauses in verses)
- advice from Ustadz Zulkiflee Bachik, a teacher of the Holy Qur'an
Lagu terbaru dari DEBU. DEBU - Amanat.flv (19.0 MB)
Lagu kegemaranku dari album yang juga bertajuk Nyawa Dan Cinta. Satu lagi lagu kegemaranku dari album ini ialah 'Kami Tak Keluar'.
Nyawa dan cinta menjelma, Yakni kedua-duanya, Di zaman dulu bersama, Diciptakan oleh Allah.
Dengan cara sangat khusus, Roh dan cinta dicampurkan, Dan cinta yang memang halus, Menghilang dalam campuran.
Kekuatan campurannya, Menyatukan roh dan cinta, Entah cinta atau nyawa, Jadi zat atau sifatnya.
Mungkin cinta jadi zatnya, Iaitu zat campurannya, Mungkin roh jadi sifatnya, Atau mungkin sebaliknya.
Natijah campuran itu, Cinta dan roh berbicara, Dan saling dengar begitu, Bersama dipelihara.
Asal cinta api tapi, Angin itu asal nyawa, Angin menyalakan api, Maka membakar anginnya
Entah ini, entah itu, Saya tidak tahu, kawan, Memang tidak tahu jitu, Adalah keajaiban. DEBU - Nyawa Dan Cinta.flv (17.8 MB)

|  | Watak karikatur ini saya ciptakan semasa menuntut di politeknik dulu, untuk dijadikan maskot untuk newsletter NP Muslim Students Society, Al-Faaizuun, di mana saya adalah ketua editornya ketika itu.
Cita-cita saya ialah untuk menggunakan kedua-dua watak ini untuk sebuah komik-strip. Namun hingga ke hari ini, cita-cita hanya tinggal cita-cita. |
Alhamdulillah.
Saya baru habis baca AAC. Penutupnya membuat mata saya berkaca. Belum pernah saya baca novel yang buat saya tersentuh hingga bergenangan airmata. Transformasi Maria... subhanAllah! Pandai sungguh Kang Abik (sungguh tak kena saya panggil beliau dengan nama itu... sebab saya lebih tua sedikit dari beliau) mengolah cerita. Sekarang saya terasa macam nak bawa isteri menonton filemnya. Saya ada baca reviu di internet... filem AAC ada unsur-unsur melodrama ala filem Bollywood. ;)
Kini saya akur kenapa novel ini harus difilemkan. Saya rasa pengajaran yang dibawa oleh novel tersebut sedikit sebanyak akan tertumpah juga ke layar perak. Naskhah filem juga boleh dijadikan permulaan proses tarbiyah bagi pemeran-pemeran filem (baik yang di depan mahu pun di belakang kamera) jika proses perfileman dijalankan dengan baik. Juga boleh mendekatkan penonton kepada keindahan Islam. Lebih baik lagi, mendorong penonton untuk membaca novelnya agar dapat menerima ilmu secara langsung dari tumpahan ilhamkarya penulisnya.
Saya pernah memperkatakan tentang isu ini di Cyberummah dulu ketika saya mengeluh tentang ketiadaan drama-drama tempatan yang betul-betul Islami. Yang hampir Islami ketika itu ialah siri drama remaja 'Bara', kerana buat pertama kali dalam sejarah penyiaran drama tv Melayu Singapura, menampilkan watak remaja Muslimah bertudung dan adanya watak-watak yang ada ciri-ciri Islami seperti watak kecil 'abang janggut' kelakar yang selalu berfalsafah dalam dialognya (tak ingat nama wataknya, tapi dilakonkan oleh teman se-politeknik dengan saya, Azmi @ scudshot, yang juga pernah aktif dalam Jemaah Tabligh).
Sometimes, as filmmakers, they have no choice but to commit the the lesser of 2 evils in order to achieve a greater good. Filmmaking is a very complex and tedious process. Secara peribadi, saya rasa lebih baik ada sedikit unsur-unsur Islami daripada tiada langsung. Sila baca blog sutradara AAC mengenai proses rumit perfileman AAC. Saya tabik usaha Tuan Direktor.... http://aacinta.blogspot.com/2008/04/aac-stories-behind-scenes-part-i.html
http://aacinta.blogspot.com/2008/05/aac-stories-behind-scenes-part-2.html
Ya Allah ampunilah daku
setiap kali kuhimpun rahmat-Mu dalam kantung plastikku ia bocor lantas tertumpahlah rahmat-Mu ke tanah menyuburi semua di sekelilingku
kecuali aku
herman.mutiara 18 februari 2008
Semalam, saya terima perutusan elektronik menerusi Borang Korresponden di Web Lagu Puisi saya. Begini bunyinya... The following data was submitted via your form:
Nama: ade Emel: www.skeletz.co.id URL: Mesej: bangsat ci Islam Sedih rasa hati. Nak marah pun tak boleh. Nak ketawa pun tak sampai hati.
Nama samaran. Emel tiada. URL yang diberi tak wujud di alam siber. Lempar bom sembunyi tangan. Dayus. Bodoh. Bacul. Penakut. Tapi siapa? Dia atau kita? Yang bangsat bukanlah Islam, tetapi sesetengah orang Islam yang menyalahtafsirkan ajaran Islam dan memolitikkan Islam untuk kepentingan diri sendiri. Adakah ini salah si penulis, atau salah kita yang bersikap sambil lewa hingga membiarkan kelakuan sesetengah orang dalam masyarakat kita yang menitikkan nila di belanga susu kita yang berharga? Kita sebagai khaira ummah sudah gagal menjalankan kewajipan kita. "Kamu adalah umat yang terbaik yang diturunkan untuk manfaat sekelian manusia...." (Al-Qur'an, Surah Al-Imran ayat 110) Renungkan dan fikirkan, wahai Muslim.... Wallahu a'lam.
dudukku di lereng kawah gunung berapi sambil mataku berligar-ligar menjadi pemerhati kepada seluruh alam yang turut sama berligar dengan Ka'abah sebagai paksi namun masih ada yang mahu engkar terus menerus melanggar arus hakiki sengaja mahu campakkan diri ke dalam kawah gunung berapi dudukku di lereng kawah gunung berapi sambil tanganku menghadang semua yang ingin mendekati dengarlah kataku usah pura-pura tuli janganlah dikau membakar diri sendiri ikutlah aturan putaran galaksi sejak zaman-berzaman lagi berdiri, rukuk, duduk, sujud dan kemudian berdiri kembali di sinilah ketenangan yang kaucari-cari dudukku di lereng kawah gunung berapi sambil tubuh ini kujadikan benteng keluli tetapi terpacak aku di sini seorang diri sedangkan kawah ini terlalu luas dan ngeri terlalu ramai insan yang tidak sayangkan diri ingin terjun ke dalam lahar berapi sengaja ingin merasakan pedih tidak terperi di dalam keadaan tidak akan mati-mati. herman.mutiara telok blangah, singapura 18 november 2000
 | Lubang | Jan 25, '08 5:42 PM for everyone |
di pantai ini aku ingin mencari lubang di pepasiran untuk kubenamkan kepalaku ini agar mataku tidak terpandang lagi setiap peristiwa yang terjadi bimbang diriku tidak bisa menggerakkan tanganku tidak bisa melunakkan lidahku tidak bisa memacu hatiku untuk merubah pandangan itu ingin saja aku lari menyelamatkan diri sendiri dari setiap godaan ini seperti ashabul kahfi yang bersembunyi memencil diri dilindungi Ilahi lalu aku pun bersungguh-sungguhan mencari lubang di pepasiran dan akhirnya kutemui jua sebuah lubang tapi sayang pepasirnya tembus-pandang segala-galanya jelas terhidang di depan mata baru aku sedari diri aku memang tak bisa lari dari memikul amanah ini kerana aku bukan ashabul kahfi tetapi umat penghulu sekalian Nabi. herman.mutiara (25 januari 2008, dikemaskini 5 februari 2008)
Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiAllahu anhu, beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Barangsiapa melihat sesuatu kemungkaran dilakukan di hadapannya, maka hendaklah dia menegahnya dengan tangannya. Jika dia tidak berkuasa, maka hendaklah dia menegahnya dengan lidahnya. Dan jika dia tidak dapat berbuat demikian ini pun, maka hendaklah dia merasa benci di dalam hatinya, dan ini adalah iman yang selemah-lemahnya.” (hadis diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah & An-Nasa'i)
(Artikel ini diambil dari penerangan saya mengenai seni pementasan berlandaskan Islam di thread 'Pondok 2000' di forum isakamari.com.) Salam. Maaf, saya tidak berpeluang menonton Pondok. Namun, pementasan seni Islami sebenarnya adalah sesuatu yang sangat dekat di hati saya. Saya juga pernah memegang peranan sebagai penulis skrip, pengarah dan pelakon untuk 2 drama Islami bertajuk "Companions of the Cave" & "Hijrah". Sasaran penonton saya waktu itu adalah para belia dan remaja. Kisah-kisah yang saya tonjolkan dalam drama-drama saya diambil dari sejarah ("Companions" adalah pemahaman saya pada kisah Ashabul Kahfi dari Al-Qur'an, Surah Al-Kahf, sementara "Hijrah" adalah percubaan eksperimental saya untuk memuatkan intipati keseluruhan Sirah Nabawiah dalam sebuah drama sepanjang setengah jam.) Alhamdulillah, respon yang saya terima dari berbagai pihak adalah memberangsangkan. Hingga pihak Young Muslim Secretariat (YMS)dari MUIS pernah mempelawa saya untuk menubuhkan dan mempelopori sebuah kumpulan "Islamic performing arts" di bawah naungan YMS. Namun di waktu itu, saya kurang bersedia untuk menyahut seruan itu. Banyak perkara yang perlu diberikan perhatian, dan saya tidak boleh menggerakkannya seorang diri. Begitu juga penglibatan saya dalam bidang muzik... serba-salah, antara hendak dan tak hendak, hinggalah ke hari ini. Kerana di dalam dunia seni pementasan dan seni muzik, ada banyak 'gray area' atau perkara-perkara 'syubhah' di dalam soal halal-haram. Bila saya sampai di persimpangan di mana saya perlu memilih hala yang mana patut saya tuju... apakah saya mahu ikut jalan 'seni' atau ikut saja 'Islam' bila kedua-duanya tidak selari? Jawapannya bagi saya adalah jelas, saya pilih jalan 'Islam' dan tinggalkan 'seni'. Hanya bila 'Jalan Seni' bertembung dan selari dengan 'Jalan Islam' barulah saya akan menyusuri perjalanan seni. Ini juga yang dilakukan oleh seniman Barat, Cat Steven yang meninggalkan dunia seni pada tahun-tahun 70-an untuk menjalani hidup baru sebagai Yusuf Islam. Baru-baru ini bila 'Jalan Seni' dan 'Jalan Islam' bertembung semula dalam hidupnya, barulah hilang was-was dalam dirinya untuk kembali semula berkarya dan menerbitkan album pop terbarunya 'An Other Cup'. Pada pendapat saya, untuk melibatkan diri dalam kesenian berlandaskan Islam, seperti amnya bergiat dalam apa-apa projek keIslaman, perlulah berjemaah. Bukan setakat ada kumpulan saja, tetapi perlu ada 'jemaah' - kumpulan yang anggota-anggotanya mempunyai matlamat dan tujuan yang sama. Dan matlamat dan tujuan jemaah Islam yang paling utama sekali adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dalam apa saja perkara yang diceburi, tidak kira bidang perniagaan, pendidikan, hiburan atau kesenian. Dalam Islam, kekuatan hanya boleh didapatkan dalam jemaah dan 'syaitan lebih mudah memesongkan dan menyesatkan domba yang bersendirian'. Bila sudah ditetapkan matlamat dan tujuan utama ini (iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah), maka segala urusan jemaah menjadi jelas dan terpimpin. Apa saja yang hendak dilaksanakan mestilah berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah, sebaik-baiknya ada insan-insan yang berilmu untuk membimbing dan menasihati kita agar sentiasa berada di landasan yang betul. Golongan asatizah dan ulama' adalah orang yang paling sesuai untuk memegang peranan ini. Dalam jemaah Islam, perlu ada pemimpin / amir yang dilantik. Pemimpin ini perlu ada ciri-ciri 'quwwah' dan 'warak' yang tinggi. 'Quwwah' ialah pengalaman dan ilmu yang mendalam kepada bidang-bidang yang diceburinya dan sifat-sifat kepimpinan. 'Warak' bererti taat pada setiap perintah Allah dan tidak melanggar larangan-larangan Allah. Contoh yang baik pemimpin-pemimpin yang mempunyai kedua-dua ciri ini ialah Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Umar Bin Abdul Aziz dan Salahuddin Al-Ayyubi. Buat masa ini, ciri-ciri sebuah kumpulan seni persembahan (performing arts) berciri Islam seperti yang saya sebutkan, belum lagi saya temui, kecuali dalam bentuk adhoc saja, seperti semasa pementasan drama 'Companions' yang saya karyakan bersama 'Muslim Students Society' Politeknik Ngee Ann, dan drama 'Hijrah' oleh 'SAFF-Perdaus'. Disebabkan inilah, saya tidak menceburi bidang teater ini secara aktif lagi. Dalam bidang muzik pula, ada kumpulan-kumpulan muzik di Singapura ini yang bercirikan Islam, seperti kumpulan-kumpulan nasyid, SirrFillSirr, Nuradee dsb, yang mempunyai ciri-ciri jemaah Islam. Saya percaya, kumpulan-kumpulan yang saya sebutkan ini, selain daripada membuat persembahan dan menerbitkan lagu / album, mereka juga aktif dalam usaha-usaha keagamaan di luar bidang muzik... seperti saya dan Abg Adi dari 'Nuradee' pernah sama-sama aktif dalam sebuah jemaah Islam suatu masa dulu. Alhamdulillah, saya juga dapati, kumpulan sastera ABASS yang baru ditubuhkan, juga mempunyai ciri-ciri jemaah Islam, cuma belum lagi dilantik amir, walaupun sudah nampak jelas siapa penggerak utamanya (bukan saya!). Jika ada masa, sila baca artikel tulisan teman saya Shasel yang bertajuk 'Seniman Perlu Dampingi Rohaniman' yang memperkatakan isu yang sama. Wassalam.
It was early in the morning at four, When death knocked upon a bedroom door, Who is there? the sleeping one cried. I’m Azrael, let me come inside. At once, the man began to shiver, As one sweating in deadly fever, He shouted to his sleeping wife, Don’t let him take away my life. Please go away, O Angel of Death! Leave me alone, I’m not ready yet. My family depends on me, Give me a chance, O please prepense! The angel knocked again and again, Friend! I’ll take your life without a pain, Tis your soul Allah requires, I come not with my own desire. Bewildered, the man began to cry, O Angel I’m so afraid to die, I’ll give you gold and be your slave, Don’t send me to the unlit grave. Let me in, O Friend! The Angel said, Open the door, get up from your bed, If you do not allow me in, I will walk through it, like a jinn. The man held a gun in his right hand, Ready to defy the Angel’s stand. I’ll point my gun, towards your head, You dare come in, I’ll shoot you dead. By now the Angel was in the room, Saying O Friend! prepare for you doom. Foolish man, Angels never die, Put down your gun and do not sigh. Why are you afraid! Tell me O man, To die according to Allah’s plan? Come smile at me, do not be grim, Be Happy to return to Him. O Angel! I bow my head in shame, I had no time to take Allah’s Name. From morning till dusk, I made my wealth, Not even caring for my health. Allah’s command I never obeyed, Nor five times a day I ever prayed. A Ramadhan came and a Ramadhan went, But no time had I to repent. The Hajj was already fard on me, But I would not part with my money. All charities I did ignore, Taking usury more and more. Sometimes I sipped my favorite wine, With flirting women I sat to dine. O Angel! I appeal to you, Spare my life for a year or two. The Laws of Quraan I will obey, I’ll begin Salat this very day. My Fast and Hajj, I will complete, And keep away from self conceit. I will refrain from usury, And give all my wealth to charity, Wine and wenches I will detest, Allah’s oneness I will attest. We Angels do what Allah demands, We cannot go against His commands. Death is ordained for everyone, Father, mother, daughter or son. I’m afraid this moment is your last, Now be reminded, of your past, I do understand your fears, But it is now too late for tears. You lived in this world, two score and more, Never did you, your people adore. Your parents, you did not obey, Hungry beggars, you turned away. Your two ill-gotten, female offsprings, In nightclubs, for livelihood they sing. Instead of making more Muslims, You made your children non-Muslims. You ignored the Mua’dhin Adhaan, Nor did you read the Holy Quran. Breaking promises all your life, Backbiting friends, and causing strife. From hoarded goods, great profits you made, And your poor workers, you underpaid. Horses and cards were your leisure, Money making was your pleasure. You ate vitamins and grew more fat, With the very sick, you never sat. A pint of blood you never gave, Which could a little baby save. O Human, you have done enough wrong, You bought good properties for a song. When the farmers appealed to you, You did not have mercy, this is true. Paradise for you? I cannot tell, Undoubtedly you will dwell in hell. There is no time for you to repent, I’ll take your soul for which I am sent. The ending however, is very sad, Eventually the man got very mad, With a cry, he jumped out of bed, And suddenly, he fell down dead. O Reader! Take moral from here, you never know, your end may be near change your living and make amends or heaven, on your deeds depends.
 | God | Dec 21, '07 9:17 PM for everyone |
is it possible for Man with his limited ability of understanding to understand God and His actions without The Almighty to guide him? (God guides Man if he so wishes to be guided.) can we exist without God? can there be the created without a Creator? God our Lord Most High is one. He is Almighty, All-Powerful without beginning, without end there is none like unto Him. each of us are created from a single sperm and a single egg. one sperm, one egg from one father (Adam) whose immaculate birth without even a mother is truly, a great miracle from the One Creator. I hereby bear witness that there are no other gods but Him. herman.mutiara (22 december 2007, edited 23 december 2007)
entah kenapa kedatangan Aidiladha membangkitkan semula kerinduan dan dambaan paling dalam paling agam tasik jiwaku berombak kusam tatkala menonton siaran tv rencana dokumentari dan liputan haji kuterasa teringin juga hendak kembali ke Tanah Haram yang pernah kujejaki suatu waktu dulu jiwa dirincik pilu aku jatuh rindu dalam kerongkongan telinga sering bergema suara-suara halus dan resah Tanah Haram seolah-olah memanggilku tak sudah-sudah sahutku, aku kan datang, Ya Allah menyahut seruan-Mu, Ya Allah untuk menunaikan umrah sekali lagi dan haji, insya-Allah labbaikAllah... labbaikAllah... kedatangan Aidiladha merenda rinduresah dalam jiwa yang keluhkesah yang takkan mungkin dapat dirungkai selagi belum tertunai rukun Islam yang kelima.
herman.mutiara (19 disember 2007, dikemaskini 5 februari 2008)
Kisah dan Teladan: Tempat Tinggal Iblis(Berita Minggu 9 Disember 2007, ms. 8) Anas bin Malik berkata: "Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepada-Mu, oleh itu tunjukkanlah kepadaku tempat kediaman untukku." Allah berfirman: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas." Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli-belah, kelab malam, pusat hiburan serta majlis-majlis maksiat." Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (Al-Qur'an) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan." Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah: "Cerita bagimu adalah kata-kata kesat dan dusta." Iblis bertanya: Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?" Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling." Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah pula yang menjadi utusanku?" Firman Allah: "Para utusanmu terdiri daripada para bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku." Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci Al-Qur'an yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?" Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan." Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?" Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita." Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal dan yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?" Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya." Sabda Rasululah SAW: "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu berasa bosan. Sesungguhnya amalan-amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan." (Hadis riwayat Muslim)
Salam semua, Sekadar ingin berkongsi dua potong Hadis buat renungan..... Rasulullah bersabda: "Aku tinggalkan padamu dua perkara yang kalian tidak akan tersesat apabila berpegang teguh kepada keduanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku. Tidak akan bercerai-berai sehingga keduanya menghantarku ke telaga." (HR Al-Muwatta' disahihkan oleh Al-Albani dalam kitab Shahihul Jami') Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda: "Sebagai pendahuluan, maka sesungguhnya sebaik-baiknya ucapan adalah Kitab Allah (Al-Qur'an), dan sebaik-baiknya petunjuk ialah petunjuk Nabi Muhammad S.A.W. (Al-Hadis). Dan sejelek-jeleknya perkara adalah yang diada-adakan (bid’ah) dan setiap bid’ah adalah sesat." (HR Muslim) Dalam ertikata lain, jadikanlah Al-Qur'an & As-Sunnah itu sebagai satu kayu-ukur / benchmark untuk kita mengendalikan kehidupan kita. Juga, Allah S.W.T. telah memberikan kita masing-masing akal yang boleh membezakan yang benar dan yang batil, yang benar dan yang salah, yang logik dengan yang merepek. Akal dipertajami dengan menuntut ilmu dan berfikir. Islam adalah agama yang logik dan faktual dan tiada ruang dalam Islam untuk keraguan dan kesamaran, apatah lagi ketidakbenaran. Islam mengajar kita untuk berfikir untuk diri sendiri dan tidak menerima apa-apa saja informasi at face-value. Apa saja yang diterima tidak sepatutnya diterima bulat-bulat, tetapi harus dikaji dan diselidiki kebenarannya. Kita sebagai Muslim harus jadi seperti jauhari yang dapat membezakan manikam asli dengan permata tiruan, kalau tidak hidup kita akan jadi sia-sia kerana mengejar bayang-bayang yang kita sangkakan syurga. Pak Tua menangis sendiri mengenangkan nasib diri walaupun puas mencari namun belum ketemui Cik Buyung riang selalu damai dan tenang hati walaupun tak berusaha dia ketemui (M. Nasir, 'Insan dan Manikam') Semoga kita semua dapat menjadikan Al-Qur'an & As-Sunnah pedoman dan panduan hidup kita dan dihindarkan dari perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama agar terpelihara jiwa dan raga. Allahu a'lam bissawab. Wassalam. Herman Mutiara 04/12/2007
Dipetik dari blog Demi Pena: Sebaran Mengenai Alamat Kematian (Untuk membaca sebaran yang dimaksudkan sila klik - lampiran - ) Dalam satu artikel yang diforwardkan kepada saya mengenai alamat atau tanda-tanda kematian. Terdapat banyak perkara-perkara meragukan menyebabkan saya menulis risalah ringkas ini dalam kesuntukkan masa dan kesibukan harian. Setiap yang baik adalah dari Allah dan kekurangan adalah natijah kelemahan saya sebagai makhluk yang tidak sempurna. Tertulis di dalam artikel tersebut: > Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan > memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau > mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi > sakaratulmaut secara sendirian. Beliau > menyediakan dirinya dengan segala persiapan > termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya > sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan > kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya > iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk > menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika > Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan > bahagian mukanya. Terdapat keraguan di dalam bahagian ini. Imam Ahmad ibn Hanbal wafat pada tahun 241H/865M [Dr. Wahbah az-Zuhaili, Fiqh dan Perundangan Islam, DBP] Manakala Imam Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali lahir pada tahun 450H/1058M [http://www.ghazali.org] . Jadi adalah mustahil mereka bertemu kerana Imam Ahmad Ibn Hanbal telah wafat lebih kurang 200 tahun sebelum lahirnya Imam al-Ghazali. bagaimana pula Imam Ahmad boleh membantu menguruskan kematian al-Ghazali? Nampaknya pelbagai cara digunakan semat-mata untuk menyokong hujah bahawa manusia mampu mengetahui waktu ajal mereka. Kematian adalah termasuk didalam perkara-perkara yang dirahsiakan Allah subhana wa ta'ala. Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di bumi mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. [ Hadis dari Abdullah Ibn Umar r.a. Dikeluarkan Imam Bukhari dalam sahihnya hadis no:4627] Berkata Sheikh al-Alusi dalam komentarnya mengenai kiamat : "Allah telah merahsiakan Al-Saa'ah (hari Kiamat) kerana hikmah shar'i dan sebab kenapa ia begitu, kerana ia lebih berkesan didalam menyeru orang mentaatinya dan menjauhkan mereka dari melakukan maksiat, sebagaimana dia merahsiakan ajal seseorang itu... dan petikan kenyataan ini menunjukkan bahawa Nabi saw tidak mengetahui bila Al-Saa'ah bermula. BENAR, baginda mengetahui ia agak dekat didalam ertikata yang umum, dan baginda saw memberitahu kita yang itu" [Tafsir al-manar] Benar Baginda sendiri pernah bercerita kepada Fatimah tentang kewafatan baginda: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memanggil Fatimah dan bercakap dengannya secara rahsia. Tiba-tiba Fatimah menangis, baginda bercakap lagi, sejurus kemudian Fatimah tersenyum. Aisyah berkata: Lalu aku bertanya kepada Fatimah: Apa yang Rasulullah s.a.w katakan padamu menyebabkan kamu menangis dan ketawa. Fatimah berkata: Aku menangis kerana Rasulullah memberitahu aku tentang kematiannya dan aku ketawa kerana akulah orang pertama dari kalangan keluarganya yang akan menyusuli baginda. [ Hadis dari Aisyah r.a. Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kelebihan Para Sahabat r.a (Bab Kelebihan Fatimah Puteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) hadis no. 4486] Namun adalah tidak mustahil untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk mengetahui perkara-perkara ghaib. Sumber kita dalam mengetahui hal-hal ghaib selain al-Quran adalah melalui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. HANYA Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerima perkhabaran dari Allah subhana wa ta'ala tentang perkara-perkara ghaib. Telah Allah nyatakan dalam firman-Nya: Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya; maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). [al-Jinn 72: 26-27] Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. [al-An’aam 6:50] Maka setiap perkara yang melibatkan hal-hal ghaib ilmunya mestilah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Alamat atau tanda kematian seperti yang disebar-sebarkan memang tidak terdapat hadis-hadis yang sahih yang menyokong pendapatnya. Maka darimanakah diperolehi pengetahuan-pengetahuan mengenai perkara-perkara ghaib tersebut? Terdapat beberapa hikmah yang tersirat mengenai dirahsiakan tarikh dan saat kematian, diantaranya yang boleh kami sebut ialah :- 1. Umat Islam diseru sentiasa melakukan taubat kepada Allah swt dari segala dosa yang mereka lakukan, baik kecil ataupun besar. 2. Adalah menjadi satu sunnah Nabi saw menyeru Umatnya agar sentiasa mengingati mati. 3. Umat Islam perlu ingat bahawa mati itu akan datang bila-bila masa sahaja, dan mereka sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka sentiasa mempertingkatkan amalan masing-masing. 4. Ingat akan mati boleh memecahkan benteng nafsu yang rakus dan juga sikap ego seseorang. 5. Hati yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa takut kepada Allah swt, dan akan menimbulkan kekhusyukkan didalam amal ibadatnya, lantas meningkatkan quailiti ibadat seseorang. 6. Dengan dirahsiakan tarikh kematian, manusia akan sentiasa melakukan amalan soleh dan mengingati Allah swt selalu. 7. Umat Islam disunnatkan menziarahi orang yang mati, lantaran ia menimbulkan keinsafan didalam hati manusia, terutamanya bila Imam menghadapi zaman menurunnya. Kita boleh bayangkan kalau setiap orang diberi alamat dan tanda kematian, sudah pasti mereka akan hanya melakukan taubat dan amal soleh bila sudah kelihatan alamat-alamat kematian sahaja. Berlakulah keadaan yang kucar kacir kerana orang-orang yang melakukan maksiat boleh meneruskan kefasadan (kejahatan) mereka kerana mereka mengandaikan suatu masa nanti mereka akan bertaubat apabila timbul alamat-alamat kematian tersebut. Disana ada perkara-perkara lain yang boleh diketahui berkenaan dengan kematian yang terdapat didalam hadis-hadis sahih, contohnya tanda-tanda kematian yang baik! [ Disunting daripada jawapan Ustaz Kamin dari al-ahkam.net.]
Wallahua’lam. alFaisal Cyberjaya 5 April 2006 / 6 Rabiul Awwal 1427 4.09 am
kusulam rindu pada lembaran bayu merentap hijab di hatiku kulapah amarah dari pinggan resah hingga tenang kembali menyerbu kuuntai manik-manik kalimah pada bebenang lidah yang masih lancar berlagu dan kutatap lampiran wasilah dengan pakaian ihram jiwa bersama segenggam rinduresah diteman memanik dzikrullah hingga sakinah menyelimutku terlalu indah. herman.mutiara (3 oktober 2001)
terasa kerdil diri ini di tengah lautan kedhaifan dalam pencarianku yang masih kesamaran di manakah setitis ilmu ini boleh didapatkan di timur, barat, utara, selatan atau di perantaraan
kembaraku mencari al-ihsan kunci kepada pengenalan jatidiri yang hakiki kehidupan yang abadi seorang hamba kerdil di tengah lautan kedhaifan berjinak-jinak di taman sufi, tapi takut untuk melaungkan: di dalam darahku ada Tuhan di dalam hatiku ada Tuhan di dalam sedarku ada Tuhan di dalam mimpiku ada Tuhan di dalam bajuku ada Tuhan di dalam diriku ada Tuhan
di antara kita ada hijab yang perlu disingkap agar hakikatnya dapat diungkap dan digilap oleh setiap denyutnadi, setiap gerakfikir, setiap khayalsyair
di tengah lautan kedhaifan ini aku masih menanti akan datangnya kebenaran kunci makrifat diri namun aku takut untuk memulakan langkah kaki kerana ditambat cinta dunia dan takut mati aku mesti lepaskan diri dari ikatan ini dan berpegang erat pada tali-temali La Ilaha Ilallah, Muhammadur Rasulullah hingga tersimpul mati hingga mati
ya Allah, lepaskan aku ya Allah, ikatlah aku lahirkan rasa cinta dalam hatiku agar tiada lagi hijab di antara Engkau dan aku.
herman.mutiara (18 disember 2005, dikemaskini 2 februari 2006)
| |