Herman's posts with tag: muzik

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag muzik
Music'Aku Bukan Jebat' di Warna 94.2FMJul 11, '08 4:21 AM
for everyone
Pagi tadi saya terima sms dari Kak Zaleha Isnin.

SMS pertama: 'Juz wanna share wth u all, today 3 -4 pm tune to radio WARNA 94.2FM. Live interview wth Dj MARIAM abt my book.'

SMS kedua: 'I promote ur song to dj Mariam so Jgn Lupa tau tune in to WARNA today 3 - 4 pm'

Alhamdulillah saya sempat dengar dan rakam temubual DJ Mariam Mas'od dengan Zaleha Isnin dan Ria Andrianna, dua orang penulis antologi cerpen / sajak 'Selingkar Kasih'.

Di sini saya letakkan segment di mana lagu 'Aku Bukan Jebat' dimainkan. Pertama kali dalam hidup, lagu ciptaan dan nyanyian saya dimainkan di radio. Yahoo!!! Jadi muzik latar pun tak kisahlah...
Aku Bukan Jebat (puisi: Zaleha Isnin) Selingkar Kasih herman.mutiara (feat. Hamzah Adon) 
Aku Bukan Jebat on Warna 'Aku Bukan Jebat' on Warna 94.2FM  

Blog EntrySeni - Alat atau Matlamat?Jun 9, '08 9:00 PM
for everyone

Beberapa bulan yang lalu, saya telah menghantar borang keanggotaan untuk menjadi ahli sebuah persatuan seni, walaupun dalam hati saya masih ragu-ragu dan was-was sama ada apakah ini keputusan yang terbaik untuk saya.

Beberapa hari yang lepas, saya telah terima minit mesyuarat persatuan itu melalui emel. Mesyuarat yang tidak dapat saya hadirkan diri kerana komitmen. Hati saya semakin berbolak-balik. Belum pun jadi anggota, belum lagi disambut, berkenalan dan bermuhibah, terus saja sudah diminta untuk memerah keringat untuk persatuan.

Baru saya perasan motto persatuan ini. "Budaya Dijunjung, Seni Disanjung".

Berbalik kita kepada isu yang telah saya ketengahkan di multiply wargajagat @ Cg Karmin Abbas. Mengenai seni sebagai alat atau matlamat. 

Seniman harus menafsirkan erti perjuangan seni mereka; mahu ditakrifkan seni itu sebagai alat atau matlamat?

Bagi saya, seni hanyalah salah satu daripada beberapa alat yang saya gunakan untuk mencapai matlamat yang lebih besar. Matlamat yang lebih tinggi dari segalanya....

Mardhatillah.

Untuk mencapai matlamat ini, seni harus diletakkan di tempat yang sewajarnya. Tidak boleh disanjung. Yang berhak disanjung, dipuja dan disembah hanyalah Allah. "Budaya Dijunjung, Seni Disanjung" - inilah yang saya katakan, motto perjuangan seni yang syok sendiri dan menyimpang dari matlamat hidup yang sebenarnya (iaitu untuk beribadah / mengabdikan diri kepada Allah SWT), kerana menjadikan seni itu sebagai matlamat perjuangan.

Pernahkah kita mendengar cerita seorang tukang masak yang menjunjung dan menyanjung periuk belanga, sudip, pisau, tong gas dan dapurnya sendiri? Atau kisah tukang masak syok sendiri yang menyediakan masakan yang sungguh hebat, tetapi selepas itu membuangnya tanpa sempat dijamah sedikit pun? Saya sendiri tak pernah dengar. Yang kita biasa dengar ialah kisah tukang masak yang menyiapkan masakan yang sebaik mungkin untuk dipersembahkan kepada pelanggannya.

Sama juga seperti kita insan biasa. Setiap sesuatu yang kita lakukan, mestilah yang sebaik mungkin, agar dapat kita persembahkan kepada Yang Esa sebagai suatu ibadah. Memang seni bukan suatu bentuk ibadah khusus, tetapi jika dilaksanakan dengan niat untuk berdakwah dan untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan, ia secara automatis menjadi suatu bentuk ibadah infradi (bersendirian). Ini yang saya maksudkan dengan menjadikan seni sebagai alat untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.

Saya sudah tawar hati untuk menyertai persatuan ini. Saya bukan jenis yang suka syok sendiri dalam berseni. Walaupun kelihatan seperti saya suka bersendiri, bukan bermakna saya syok sendiri. Zaman syok sendiri saya sudah lama berlalu.


Videoherman.mutiara - TekadJun 2, '08 6:47 PM
for everyone
puisi: Mohd Latiff Mohd
lagu: Nuradee

Saya mendendangkan lagu ini di acara KaryaRia pada 30 Mei 2008 di Arts House. Turut hadir di acara itu ialah Cikgu Mohd Latiff Mohd sendiri.


Arus Baru Sastera Singapura (ABASS) - Tekad.flv (13.5 MB)

Blog EntryDiam... ada makna tuJun 2, '08 1:50 AM
for everyone

ada orang diam sebab bisu
ada orang diam sebab sengaja membisu
ada orang diam sebab setuju
orang tak setuju pun diam
tapi muka merah padam
menahan geram
ada orang diam sebab tidur
kecuali mereka yang berdengkur 
ada orang diam sebab sibuk
atau buat-buat sibuk
kecuali mereka yang menyibuk-nyibuk
bikin sibuk!

Saya juga diam. Agak lama juga tidak menulis apa-apa di sini. Sememangnya ini bukan blog untuk meluahkan kisah peribadi. Kisah peribadi adalah peribadi. Bukan untuk bizibodi. Bukan untuk paparazzi. Hahahahh....

OK jokes aside... Kebelakangan ini saya sibuk dengan pelbagai projek. Projek lagu puisi ABASS sudah hampir tamat. Sudah 3 buah lagu baru telah dirakamkan dan 2 buah lagu lama ciptaanku yang saya rakamkan semula. Dua bulan saya habiskan untuk sesi rakaman di studio rakaman yang letaknya di sebelah bilik tidur saya, dalam rumah saya sendiri.

Saya nak cerita lebih sikit tentang projek lagu puisi ABASS....

Lagu-lagu baru yang saya sudah rakamkan diambil dari sajak-sajak teman-teman ABASS. Lagu-lagu ini akan dimuatkan dalam cakera padat (CD) yang akan mengiringi sebuah antologi sajak yang bakal ABASS terbitkan tidak lama lagi. Saya baru dapat maklumat terkini, insya-Allah antologi itu akan keluar pada bulan Julai atau Ogos nanti.

Sajak-sajak yang telah saya lagukan dan rakamkan ialah:

  1. 'Arus' karya Elmi Zulkarnain
  2. 'Gadis Bersendang Ungu' & 'Kertas' karya Alhaque, yang saya gabungkan menjadi satu dalam sebuah lagu bertajuk 'Balada Selendang Ungu'
  3. 'Doa' karya Embun
  4. 'Dudukku Di Lereng Kawah Gunung Berapi', sebuah lagu lama yang dirakamkan semula
  5. 'Andaikata' karya Shasel yang terpaksa saya rakamkan semula kerana fail asal sudah corrupted. Atau kurap-ted. Hahahahah.... 

Selain dari itu, saya juga terlibat dalam majlis pelancaran antologi sajak / cerpen 'Selingkar Kasih'. Dalam majlis itu, saya akan mendendangkan sebuah lagu baru bertajuk 'Aku Bukan Jebat' (sajak tulisan Zaleha Isnin yang termuat dalam 'Selingkar Kasih'). Lagu sudah saya cipta, tapi susunan muzik belum lagi saya ilhamkan. Selepas 2 bulan buat kerja-kerja rakaman, saya rasa malas pula nak buka perisian 'Fruityloops'. Tapi saya bulatkan tekad untuk menyiapkan lagu ini selewat-lewatnya minggu hadapan.

('Fruityloops' adalah salah satu program yang saya gunakan untuk buat rakaman lagu. Saya juga menggunakan 2 sofwe lain. Malah saya menggabungkan ketiga-tiga sofwe ini untuk merakamkan dan menerbitkan lagu.)

Saya juga bakal bergabung dengan Cg Karmin Abbas dan Hamzah Adon dalam sebuah projek. Mungkin projek pendidikan. Mungkin projek muzik. Mungkin projek IT. Belum lagi ada butir-butir terperinci. Tapi yang saya pasti, kebolehan saya dalam berbagai jenis lapangan seperti IT, music recording / arrrangement, videography / photography, kebolehan bernyanyi dan bermain gitar akan digunakan sepenuhnya. To the max! Saya tak kisah, asalkan kerja baik dan mendatangkan faedah. Bukan kerja terkinja-kinja dan membuang masa (macam 'Anu...').

Lagu 'Arus' juga sudah saya hantar ke Compass untuk peraduan mencipta lagu 'Projek Rentak'. Untung sabut, timbul. Untung batu, jadi submarine. Hahahahahahahahh..


Akhirnya, atas permintaan CG Karmin, saya telah merakamkan demo lagu 'Teman' ciptaan CG. Dengar khabar dari CG, Addy (Cradle) akan merakamkan lagu ini dengan demo saya sebagai 'guide track'-nya.

Untuk mendengar demo saya, sila ke laman multiply CG Karmin di:
http://wargajagat.multiply.com/music/item/3/Teman_-_Versi_demo_oleh_Mutiara


VideoDEBU - AmanatMay 7, '08 12:16 AM
for everyone
Lagu terbaru dari DEBU.


DEBU - Amanat.flv (19.0 MB)

VideoDEBU - Nyawa Dan CintaMay 7, '08 12:02 AM
for everyone
Lagu kegemaranku dari album yang juga bertajuk Nyawa Dan Cinta. Satu lagi lagu kegemaranku dari album ini ialah 'Kami Tak Keluar'.

Nyawa dan cinta menjelma,
Yakni kedua-duanya,
Di zaman dulu bersama,
Diciptakan oleh Allah.

Dengan cara sangat khusus,
Roh dan cinta dicampurkan,
Dan cinta yang memang halus,
Menghilang dalam campuran.

Kekuatan campurannya,
Menyatukan roh dan cinta,
Entah cinta atau nyawa,
Jadi zat atau sifatnya.

Mungkin cinta jadi zatnya,
Iaitu zat campurannya,
Mungkin roh jadi sifatnya,
Atau mungkin sebaliknya.

Natijah campuran itu,
Cinta dan roh berbicara,
Dan saling dengar begitu,
Bersama dipelihara.

Asal cinta api tapi,
Angin itu asal nyawa,
Angin menyalakan api,
Maka membakar anginnya

Entah ini, entah itu,
Saya tidak tahu, kawan,
Memang tidak tahu jitu,
Adalah keajaiban.


DEBU - Nyawa Dan Cinta.flv (17.8 MB)

Blog EntryGig pertama selepas 8 tahunMay 1, '08 5:06 AM
for everyone

Semalam, saya kembali beraksi di pentas. Tempat: auditorium ITE Balestier. Roadshow untuk mempromosikan NURteensLINE, talian bantuan bagi membantu remaja bermasalah (tel. atau SMS: 9777-7697).

Inilah kali pertama saya membuat persembahan muzik di atas pentas selepas gig saya bersama Hamzah Adon dan Jai di pentas Artis' Corner (Perkampungan Melayu) pada tahun 2000. ('Rembat Puisi' tak kira...)

Acara dibuat ala 'talk show' dengan CG Karmin (nick multiply: wargajagat) memainkan peranan sebagai hos. Turut mengambil bahagian dalam persembahan ini ialah Nadirah, Yati dan Kamsani (anak-anak didik CG), saya sendiri (sebagai pemain gitar) dan kumpulan rok tanahair Cradle ('Artis Singapura Terbaik', Anugerah Planet Muzik 2008).

Saya dan Kamsani memulakan persembahan dengan lagu yang saya tidak ingat tajuknya (saya belajar lagu tu beberapa jam sebelum persembahan, ni kes bidan terjun ni). Selepas itu, Cradle pula mendendangkan lagu-lagu hit mereka, 'Sementara' dan 'Ayu' ('Lagu Terbaik Singapura', APM 2008) versi akustik.

Beberapa minit sebelum persembahan, CG beritahu saya bahawa Addy Cradle akan bermain gitar bersama saya untuk lagu 'Teman' yang akan dinyanyikan oleh trio Nadirah, Yati dan Kamsani. Kata CG, Addy pun tahu lagu tu, jadi Addy 'lead', saya ikut. Saya ok. Tapi bila saya berbual dengan Addy, dia kata dia dah lupa main lagu tu, jadi dia suruh saya main, dia ikut. Saya ok, cuma bimbang kita belum 'practice' lagu tu bersama. Apatah lagi, saya kena buat persembahan dengan gitaris dan selebriti handalan.

Bila tiba masanya untuk mendendangkan lagu 'Teman', tap-tup Fazli, pemain dram Cradle pun 'join' sekaki atas pentas dengan alat perkusinya. Semakin berdebar-debar saya dibuatnya.

Saya pun mula memetik gitar... G, Csus2, G, D.... (intro yang langsung kami belum pernah rehearse, walaupun dengan trio anak-anak didik CG)

... Yati masuk 'on-cue' dengan deklamasinya. Addy pun 'join' petik gitar. Fazli ketuk kotak empatsegi kayunya ikut tempo. G, Bm, C, G, C, G, C, D....

... Saya mula 'strum', Kamsani juga mula nyanyi 'on-cue'. Addy juga 'strum' sambil gentel sikit-sikit. Fazli ketuk kotaknya semakin rancak. Nadirah dan Yati juga kemudian turut nyanyi bersama. G, Bm, C, G, C, G, C, D....

... Ni bahagian paling mencabar. Dari rentak rancak, lagu perlu 'mellow down'. Saya berubah dari 'strumming' ke 'plucking'. Saya bimbang teman-teman pemuzik lain tak dapat tangkap 'cue' saya. Alhamdulillah, Addy dan Fazli sememangnya pemuzik profesional. Mereka tangkap 'cue' saya dan turut sama 'mellow down' untuk membenarkan Yati sambung deklamasinya. G, Bm, C, G, C, G, C, D....

... Selepas itu, tiada masalah lagi. Lagu 'build-up to climax'. Addy dan Fazli memainkan peranan mereka dengan sungguh profesional. Hingga ke bahagian di mana Nadirah menarik suara tinggi ala Mariah Carey. Kemudian, 'de-crescendo' dan tamat. Saya puas, persembahan pagi itu penuh 'feel' dan bertenaga. Alhamdulillah.

Selepas persembahan, seperti lumrahnya selebriti, Addy, Man Toyak & geng dikerumuni peminat untuk autograf dan bergambar. Saya 'relaks one corner' sambil simpan perkakas-perkakas saya. CG Karmin datang kepada saya. "Man, kalau diaorang tu CRADLE, awak GREATER," kata CG. Saya terharu.

CG juga minta saya untuk 'produce' lagu untuk Kamsani sepertimana saya 'produce' lagu 'Sungai Kota'. Saya beritahu CG, sekarang saya tak boleh kerana tengah sibuk dengan projek lain bersama ABASS. Kata CG, tak apa. Habiskan projek ABASS dulu, selepas itu kita mulakan projek 'Teraju'.

CG bertanya lagi, "Macam mana dengan kawan kita, J.E.?"

Kata saya, "If he miss the bus, that's too bad. The bus will not wait for him. Kita teruskan projek tanpa dia."

Kepada J.E., saya ingin nasihatkan, jangan terlepas peluang yang ada, kerana peluang sebegini tidak selalu datang bergolek. Begitu juga kalau anda ketinggalan bas ABASS, saya selaku pemandu bas juga tidak akan tunggu anda sebab ABASS ada jadual, ada deadline yang harus dipatuhi. Anda boleh tunggu bas lain.


ReviewReviewReviewReviewAudacity (sofwe audio)Apr 17, '08 1:45 AM
for everyone
Category:Other
Semalam di Arts House, ketika cuba merakamkan beberapa buah lagu bersama CG Karmin menggunakan komputer riba beliau, saya dapati tiada satu pun perisian rakaman audio yang ada dalam 'laptop' tersebut. Lantas saya pun menurunmuatkan sofwe percuma 'Audacity'.

Mula-mula saya sangka Audacity adalah sofwe yang serupa dengan Sound Forge yang saya gunakan di rumah. Rupa-rupanya ia lebih dari itu. Audacity juga adalah sofwe multi-track recording yang asas.

Untuk teman-teman yang ingin merakamkan lagu sendiri di rumah, saya sarankan agar menggunakan sofwe percuma ini. Fungsinya agak asas (basic), sesuai untuk 'beginners'.

Saya beri Audacity 4 bintang. Kurang satu bintang kerana sofwe ini tidak mempunyai fungsi-fungsi canggih seperti sofwe-sofwe lain (sofwe mahal!) yang pernah saya gunakan seperti Protools, Cubase, Cooledit dan Sony Vegas.

Sila turunmuat Audacity di http://audacity.sourceforge.net/download/ . Jangan lupa untuk turut sama menurunmuat 'Lame MP3 Encoder' (lame-enc.dll) untuk digunakan bersama Audacity jika anda ingin 'render' rakaman anda terus ke format mp3.


VideoU2 - OneApr 7, '08 11:01 PM
for everyone
No.2 on VH1's '100 Greatest Songs Of The 90's'


Import.flv (11.0 MB)

VideoNirvana - Smells Like Teen SpiritApr 7, '08 10:48 PM
for everyone
VH1's 'Greatest Song of The 90's'... the anthem of my generation.


Import.flv (11.8 MB)

VideoWeird Al Yankovic - Smells Like NirvanaApr 7, '08 10:41 PM
for everyone
My favourite spoof of VH1's 'Greatest Song Of The 90's'


Video.avi (16.0 MB)

Blog EntryMy 'Dawud Wharnsby' CDs just arrived...wohooo!!!Mar 17, '08 10:56 PM
for everyone

Last week, I ordered 2 of Dawud Wharnsby's albums via online portal http://www.belovedstore.com/ , each CD costing A$30. That is about S$60++ totally.

Some may ask, why go through all the trouble? Aren't his albums on sale in most Islamic bookshops here? Also, isn't A$30 per CD a bit too expensive?

My answers:

  1. Only his Islamic nasheed albums are on sale here. Nobody I know imports his folk-rock albums into Singapore.
  2. A portion of the online sale goes to 'Small Kindness' a charity organization started by Yusuf Islam, so I don't really mind forking out S$60++ for my 2 CDs.

On another note, you may like to know that we work very closely with Yusuf Islam's charity Small Kindness, wherein a percentage of all our profit goes towards helping orphans and widows in particular in the Balkans, Iraq, Indonesia, Sudan and more recently Kashmir. This effort is heavily affected when the general public make illegitimate copies of our product rather than purchasing originals. Please help prevent this cycle by directing friends and family to us that we may better advise them that they may help support us in our cause to contribute towards alleviating suffering for orphans and widows as best as we can. For more information on Small Kindness please visit www.smallkindness.org.

- from the email I received from belovedstore.com

To listen to some of Dawud Wharsby's music, visit his myspace site at
http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendid=75293902

These are the two albums I bought:

 

 

 

 

 

 

 

OK, now I'm gonna go and digest his songs, with pleasure....


Photo AlbumRembat Puisi 3 (24 photos)Mar 1, '08 5:56 AM
for everyone

29 Februari 2008, 8 malam

Kali ini, muzik berkumandang di Earshot Cafe. Dendangan lagu puisi diselangselikan dengan deklamasi, diakhiri dengan sesi perbincangan dan kritikan.

Selepas itu, encore - CG Karmin & herman.mutiara jamming hingga lewat malam (sayang sekali, tiada gambar diambil).

Album ini menampilkan lagu-lagu ciptaan saya yang telah saya rakamkan sejak tahun 1998 lagi. Mutu rakaman tidak sebaik album-album terbitan syarikat rakaman professional kerana keseluruhan album ini dirakamkan di 'home studio' (lagu puisi) dan makmal muzik Politeknik Ngee Ann (lagu instrumental).

Sesiapa yang ingin mendapatkan CD ini, sila hubungi saya. Harga hanya $5, beserta tandatangan saya di cakera padat dan sampul album. Edisi terbatas, saya takkan buat lebih dari 20 keping.


Blog EntrySongsIWrite.comFeb 17, '08 9:23 AM
for everyone

Saya telah pergi ke lelaman ini selepas membaca artikel mengenai pertandingan Gegaran 2008 anjuran Perkamus di Berita Harian semalam. Menurut artikel itu, sudah ada kira-kira 1000 buah lagu Inggeris, Cina dan Melayu di lelaman itu. Setiap lagu yang dimainkan akan dibayar royalti.

Jadi saya pun sign-up dan letakkan lagu-lagu saya di sana. Surprise-surprise! Saya adalah artis Melayu pertama di sana!

Saya sudah letakkan 4 buah lagu Melayu saya dan sebuah lagu Inggeris. Alhamdulillah, setiap lagu sudah dimainkan sekurang-kurangnya 3 kali. Total: 18 clicks altogether so far at this moment.

http://www.songsiwrite.com/profile.asp?id=songs-1720

 


Ol' skool rockers performing an ol' skool rock ballad... Power! Gary, Nuno (of 'Extreme') and Paul (of 'Mr Big') never sounded better.


Import.flv (16.4 MB)

VideoSaigon Kick - Love Is On The Way (music video)Jan 24, '08 3:18 AM
for everyone
I've performed this song in a school concert when I was studying in TPJC. I was the lead singer and lead guitarist, with Rueben on second guitar and backing vocals from the school choir. I called my then ad-hoc outfit, 'Herman & The Quire'. Still remember my choir instructors frowning at the idea (sorry, Nelson & Angela)... well, I have been regarded as the rebel, the black sheep, the Curt Cobain of the school choir anyway. Those were the good old days. The Nineties....


Import.flv (11.8 MB)

VideoMr Big - Wild World (music video)Jan 24, '08 2:58 AM
for everyone
This is Mr Big doing their own version of a Cat Stevens / Yusuf Islam song. Also one of the songs I used to jam to in school.


Import.flv (10.3 MB)

VideoExtreme - Rest In Peace (music video)Jan 24, '08 2:53 AM
for everyone
One of my favourite songs by Extreme. I love this music video. Cute suspenders, Gary.

Listen to the ending of the song; it sounds like another of their monster hit.


rest in peace.flv (14.6 MB)

Pages:12
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help