Herman's posts with tag: puisi

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag puisi
Videoherman.mutiara - TekadJun 2, '08 6:47 PM
for everyone
puisi: Mohd Latiff Mohd
lagu: Nuradee

Saya mendendangkan lagu ini di acara KaryaRia pada 30 Mei 2008 di Arts House. Turut hadir di acara itu ialah Cikgu Mohd Latiff Mohd sendiri.


Arus Baru Sastera Singapura (ABASS) - Tekad.flv (13.5 MB)

Photo AlbumKaryaRia II (30/05/2008) (12 photos)Jun 1, '08 8:26 PM
for everyone

Acara memperkatakan karya-karya Cg Mohd Latiff Mohd ini berjalan lancar. Diserikan lagi dengan kehadiran Cg Mohd Latiff Mohd sendiri dan Encik Khalid Shukur Bakri dari Taman Warisan Melayu. Di akhir acara, saya dan Cg Karmin telah mendendangkan lagu ciptaan Cg Karmin bertajuk S.O.S. (Skala Ombak Simpati) sempena memperingati mangsa-mangsa bencana tsunami Asia 2004, taufan Nargis di Myanmar dan gempa di Sichuan, China.

Gambar dipetik oleh saya dan Mahirah.

Untuk keterangan lanjut, sila ke http://abass07.multiply.com.

Blog EntryDialogMay 27, '08 3:41 AM
for everyone

Ketika membongkar fail-fail lama dalam PC, saya terjumpa puisi ini. Tidak ingat bila saya menulisnya, tapi fail itu bertarikh 8 Ogos 2004...

DIALOG

jangan biarkan titik hitam itu
menjerawati hatimu
hingga kelam-muram akhirnya
tak dapat ditembusi cahaya

jangan biarkan lidahmu pasif
hingga akalmu menjadi daif
dan kontang persis padang pasir
bagaikan setiap hidupan perlu air
maka basahilah lidah dengan berdzikir

jangan biarkan matamu buta
hingga tidak kenal akan cahaya
sucikanlah ia dengan airmata
dari telaga taubat nasuha
semoga kau tidak tersesat jalan
kembali pulang ke kampung halaman

demikianlah aku berbicara
kepada makhluk di balik cermin kaca
semoga dia mendengarnya

mentari mengintai dari balik tabir
siang semakin hampir
terasa diri ini terlalu fakir.


herman.mutiara
(08/08/04, dikemaskini 27/05/08)


Blog Entry'KaryaRia' - Malam Apresiasi PuisiMay 20, '08 7:37 PM
for everyone

Puisi-puisi Cg Mohamed Latiff Mohamed akan berkumandang di Arts House. Semua dijemput untuk hadir. Sesiapa yang ingin mendeklamasi sajak-sajak beliau atau mendendangkan lagu puisi juga dipersilakan.

Tarikh: Jumaat 30hb Mei 2008
Masa: 8.00pm
Tempat pertemuan: Arts House Lobby

Insya-Allah, Cg Latiff juga akan hadir untuk memeriahkan lagi suasana.

Untuk keterangan lanjut, sila ke laman multiply ABASS di 
http://abass07.multiply.com/journal/item/10/KARYARIA_-_Malam_cgMohd.Latiff.Mohd


EventKaryaria (pertemuan sastera sebulan sekali)Apr 17, '08 2:21 AM
for everyone
Start:     Apr 25, '08 8:00p
Location:     Arts House (berkumpul di lobi jam 8.00 mlm)
Bulan ini, puisi-puisi Allahyarham Usman Awang akan berkumandang di Arts House (Old Parliament House).

Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke http://abass07.multiply.com .

Blog EntrySelamat (an attempt at automatic writing)Apr 10, '08 10:21 PM
for everyone

selamat ke atas kamu
beserta rahmat Tuhan dan berkah-Nya
selamat datang
saya selamat
jangan bimbang, awak juga selamat

syukran
terima kasih
ma'assalamah 
(mas selamat?)
ilalliqoq
selamat tinggal
selamat pergi
jaga diri
jumpa lagi

dalam sepi
tertanya sendiri
apakah aku selamat nanti?


herman.mutiara
28 mac 2008


Blog EntryTanahApr 10, '08 10:08 PM
for everyone

usah berburuksangka
pada tanah berlumpur
yang melekat 
pada telapak kasutmu
selepas hujan
kerana ia juga makhluk Tuhan
sepertimu

usah hanya memandang luaran
pada wabak, bakteria dan kuman,
lihat juga pada tumbuh-tumbuhan hijau
yang lahir subur dari perutnya,
bukan dari lipatan
baldu dan sutera

tidakkah kautahu
di dalam tanah tertimbus rahsia
harta kekayaan tidak terhingga
minyak mentah idaman dunia
juga emas, perak dan batu berharga
khazanah alam yang menjadi buruan

seperti Usamah diburu Amerika
seperti Mas Selamat diburu Singapura

biar buruk paras rupa
asalkan hati mulia
hanya dapat dinilai
Sang Pencipta

usah berburuksangka 
pada tanah
walaupun sekangkang kera
kerana dari tanah juga asalmu


herman.mutiara
28 mac 2008


Photo AlbumRembat Puisi 3 (24 photos)Mar 1, '08 5:56 AM
for everyone

29 Februari 2008, 8 malam

Kali ini, muzik berkumandang di Earshot Cafe. Dendangan lagu puisi diselangselikan dengan deklamasi, diakhiri dengan sesi perbincangan dan kritikan.

Selepas itu, encore - CG Karmin & herman.mutiara jamming hingga lewat malam (sayang sekali, tiada gambar diambil).

Blog EntryKantung PlastikFeb 18, '08 4:22 AM
for everyone
Ya Allah
ampunilah daku

setiap kali kuhimpun rahmat-Mu
dalam kantung plastikku
ia bocor
lantas tertumpahlah
rahmat-Mu ke tanah
menyuburi semua di sekelilingku

kecuali aku


herman.mutiara

18 februari 2008

Blog EntryDudukku Di Lereng Kawah Gunung BerapiFeb 5, '08 1:43 AM
for everyone

dudukku di lereng kawah gunung berapi
sambil mataku berligar-ligar menjadi pemerhati
kepada seluruh alam yang turut sama berligar
dengan Ka'abah sebagai paksi
namun masih ada yang mahu engkar
terus menerus melanggar arus hakiki
sengaja mahu campakkan diri
ke dalam kawah gunung berapi

dudukku di lereng kawah gunung berapi
sambil tanganku menghadang semua yang ingin mendekati
dengarlah kataku
usah pura-pura tuli
janganlah dikau membakar diri sendiri
ikutlah aturan putaran galaksi
sejak zaman-berzaman lagi
berdiri, rukuk, duduk, sujud dan kemudian berdiri kembali
di sinilah ketenangan yang kaucari-cari

dudukku di lereng kawah gunung berapi
sambil tubuh ini kujadikan benteng keluli
tetapi terpacak aku di sini
seorang diri
sedangkan kawah ini terlalu luas dan ngeri
terlalu ramai insan yang tidak sayangkan diri
ingin terjun ke dalam lahar berapi
sengaja ingin merasakan pedih tidak terperi
di dalam keadaan tidak akan mati-mati.


herman.mutiara
telok blangah, singapura
18 november 2000


Photo AlbumRembat Puisi 2 (27 photos)Feb 2, '08 1:22 AM
for everyone

25 Januari 2008 / 8 malam / earshot cafe (arts house) / cg, elmi, naz, embun, mutiara, musliha, sk / tema: glokal

Blog EntryLubangJan 25, '08 5:42 PM
for everyone

di pantai ini
aku ingin mencari
lubang di pepasiran
untuk kubenamkan
kepalaku ini
agar mataku tidak terpandang lagi
setiap peristiwa yang terjadi

bimbang diriku
tidak bisa menggerakkan tanganku
tidak bisa melunakkan lidahku
tidak bisa memacu hatiku
untuk merubah pandangan itu

ingin saja aku lari
menyelamatkan diri sendiri
dari setiap godaan ini
seperti ashabul kahfi
yang bersembunyi
memencil diri
dilindungi Ilahi

lalu aku pun bersungguh-sungguhan
mencari lubang di pepasiran
dan akhirnya kutemui jua
sebuah lubang
tapi sayang
pepasirnya tembus-pandang
segala-galanya jelas terhidang
di depan mata

baru aku sedari diri
aku memang tak bisa lari
dari memikul amanah ini
kerana aku bukan ashabul kahfi
tetapi umat penghulu sekalian Nabi.


herman.mutiara
(25 januari 2008, dikemaskini 5 februari 2008)

 

Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiAllahu anhu, beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Barangsiapa melihat sesuatu kemungkaran dilakukan di hadapannya, maka hendaklah dia menegahnya dengan tangannya. Jika dia tidak berkuasa, maka hendaklah dia menegahnya dengan lidahnya. Dan jika dia tidak dapat berbuat demikian ini pun, maka hendaklah dia merasa benci di dalam hatinya, dan ini adalah iman yang selemah-lemahnya.”
(hadis diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah & An-Nasa'i)


Blog EntrySiput Dan RumahnyaJan 10, '08 9:33 AM
for everyone

seperti seorang badwi
merentas gurun sahara
seekor siput biasa
juga menjelajah dunia
membawa rumahnya bersama

tanpa rumahnya
siapalah ia
hilang kekuatannya
terdedah ia pada bahaya
dari makhluk-makhluk pemangsa

kita juga
boleh jadi sepertinya
ke mana saja
bawa 'rumah' bersama
membawa identiti
memikul jatidiri
buat perisai diri

tanpanya
kita ibarat lelayang
putus talinya
hilang pegangan
hanyut diusung arus tanpa haluan
mudah menjadi sasaran
jutaan makhluk-makhluk pemangsa


herman.mutiara
(10 januari 2008, dikemaskini 5 februari 2008)


EventRembat Puisi IIJan 6, '08 8:14 PM
for everyone
Start:     Jan 25, '08 8:00p
Location:     Earshot Cafe @ Arts House (former Parliament House, belakang Victoria Theatre / Concert Hall)
Dress Code: Jersey bola
Tema: 'Glocal - going global while staying local'.

Sesiapa dipersilakan untuk merembat, asalkan no foul play. Boleh rembat dengan puisi sendiri. Boleh rembat dengan puisi orang lain. Tak ada kasut bola sendiri, boleh pinjam kasut orang lain, no problem. Tak mahu rembat, boleh jadi supporter.

Kita ada referee. Kita ada linesman. Kita ada medic. So dun worry.

Semua dipersilakan untuk turun padang. Kalau boleh, datang awal sikit so kita boleh buat warm-up dulu sebelum kita rembat.

Sila hantarkan karya-karya anda kepada Naz Husna @ naz_husna@yahoo.com.sg untuk kompilasi selewat-lewatnya Jumaat 18 Jan 2008.

For more info, sila ke forum isakamari.com.

Harap sebarluaskan. Terima kasih.


ps. Kalau nak pergi sama-sama, boleh jumpa saya di Masjid Maulana Ali untuk solat Maghrib ard 7pm.

Blog EntryProjektil (catatan 28 Disember 2007)Dec 28, '07 7:49 PM
for everyone

semalam
sekali lagi
syaitan itu menunjukkan taringnya
dari mulut berbau hanyir
terpantullah seekor ulat
yang kemudian memuntahkan peluru
lalu meletupkan dirinya
melayanglah
puluhan nyawa tak berdosa
bersama kepulan asap,
debu dan projektil berbisa
jatuh terkulai jasad seorang srikandi
bersama nasib bangsanya sendiri
sebelum sempat menyambung misi
bumi Sindh bermandian darah
sekali lagi
darah syuhada


herman.mutiara
(28 disember 2007)



Blog EntryThe Poem of Death (author anonymous)Dec 21, '07 9:50 PM
for everyone

It was early in the morning at four,
When death knocked upon a bedroom door,
Who is there? the sleeping one cried.
I’m Azrael, let me come inside.

At once, the man began to shiver,
As one sweating in deadly fever,
He shouted to his sleeping wife,
Don’t let him take away my life.

Please go away, O Angel of Death!
Leave me alone, I’m not ready yet.
My family depends on me,
Give me a chance, O please prepense!

The angel knocked again and again,
Friend! I’ll take your life without a pain,
Tis your soul Allah requires,
I come not with my own desire.

Bewildered, the man began to cry,
O Angel I’m so afraid to die,
I’ll give you gold and be your slave,
Don’t send me to the unlit grave.

Let me in, O Friend! The Angel said,
Open the door, get up from your bed,
If you do not allow me in,
I will walk through it, like a jinn.

The man held a gun in his right hand,
Ready to defy the Angel’s stand.
I’ll point my gun, towards your head,
You dare come in, I’ll shoot you dead.

By now the Angel was in the room,
Saying O Friend! prepare for you doom.
Foolish man, Angels never die,
Put down your gun and do not sigh.

Why are you afraid! Tell me O man,
To die according to Allah’s plan?
Come smile at me, do not be grim,
Be Happy to return to Him.

O Angel! I bow my head in shame,
I had no time to take Allah’s Name.
From morning till dusk, I made my wealth,
Not even caring for my health.

Allah’s command I never obeyed,
Nor five times a day I ever prayed.
A Ramadhan came and a Ramadhan went,
But no time had I to repent.

The Hajj was already fard on me,
But I would not part with my money.
All charities I did ignore,
Taking usury more and more.

Sometimes I sipped my favorite wine,
With flirting women I sat to dine.
O Angel! I appeal to you,
Spare my life for a year or two.

The Laws of Quraan I will obey,
I’ll begin Salat this very day.
My Fast and Hajj, I will complete,
And keep away from self conceit.

I will refrain from usury,
And give all my wealth to charity,
Wine and wenches I will detest,
Allah’s oneness I will attest.

We Angels do what Allah demands,
We cannot go against His commands.
Death is ordained for everyone,
Father, mother, daughter or son.

I’m afraid this moment is your last,
Now be reminded, of your past,
I do understand your fears,
But it is now too late for tears.

You lived in this world, two score and more,
Never did you, your people adore.
Your parents, you did not obey,
Hungry beggars, you turned away.

Your two ill-gotten, female offsprings,
In nightclubs, for livelihood they sing.
Instead of making more Muslims,
You made your children non-Muslims.

You ignored the Mua’dhin Adhaan,
Nor did you read the Holy Quran.
Breaking promises all your life,
Backbiting friends, and causing strife.

From hoarded goods, great profits you made,
And your poor workers, you underpaid.
Horses and cards were your leisure,
Money making was your pleasure.

You ate vitamins and grew more fat,
With the very sick, you never sat.
A pint of blood you never gave,
Which could a little baby save.

O Human, you have done enough wrong,
You bought good properties for a song.
When the farmers appealed to you,
You did not have mercy, this is true.

Paradise for you? I cannot tell,
Undoubtedly you will dwell in hell.
There is no time for you to repent,
I’ll take your soul for which I am sent.

The ending however, is very sad,
Eventually the man got very mad,
With a cry, he jumped out of bed,
And suddenly, he fell down dead.

O Reader! Take moral from here,
you never know, your end may be near
change your living and make amends
or heaven, on your deeds depends.


Blog EntryGodDec 21, '07 9:17 PM
for everyone

is it possible for Man
with his limited ability
of understanding
to understand God
and His actions
without The Almighty
to guide him?

(God guides Man
if he so wishes
to be guided.)

can we exist
without God?
can there be
the created
without a Creator?

God our Lord Most High is one.
He is Almighty, All-Powerful
without beginning, without end
there is none like unto Him.

each of us are created
from a single sperm
and a single egg.

one sperm, one egg
from one father (Adam)
whose immaculate birth
without even a mother
is truly, a great miracle
from the One Creator.

I hereby bear witness
that there are no other gods
but Him.


herman.mutiara
(22 december 2007, edited 23 december 2007)


Blog EntrySeruan (...LabbaikAllah)Dec 19, '07 7:36 AM
for everyone

entah kenapa
kedatangan Aidiladha
membangkitkan semula
kerinduan dan dambaan
paling dalam
paling agam
tasik jiwaku berombak kusam

tatkala menonton siaran tv
rencana dokumentari
dan liputan haji
kuterasa teringin juga hendak kembali
ke Tanah Haram yang pernah kujejaki
suatu waktu dulu
jiwa dirincik pilu
aku jatuh rindu

dalam kerongkongan telinga
sering bergema
suara-suara halus dan resah
Tanah Haram seolah-olah
memanggilku tak sudah-sudah
sahutku, aku kan datang, Ya Allah
menyahut seruan-Mu, Ya Allah
untuk menunaikan umrah sekali lagi
dan haji, insya-Allah
labbaikAllah...
labbaikAllah...

kedatangan Aidiladha
merenda rinduresah
dalam jiwa yang keluhkesah
yang takkan mungkin dapat dirungkai
selagi belum tertunai
rukun Islam yang kelima.

herman.mutiara
(19 disember 2007, dikemaskini 5 februari 2008)


Blog EntryCelikDec 10, '07 10:27 AM
for everyone

basmala kubaca
aroma kuhela
kopi kurasa
subhanallah
manisnya
terasa di jiwa

celik mata hati
terbuka telinga batini
disirami kopi puisi


Blog EntrySesatDec 10, '07 10:25 AM
for everyone
dalam sungai deras ini
aku hanyut
tersesat
lalu terdampar
di pinggiran
salsabil

Pages:12
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help